hai momy2 nak tanya masuk 8bulan ni boleh tak makan tapai.. sbb tringin sgt nak makan ..

prnh nak makan awal bulan tapi org kata tak baik tajam.. tapi kalau dah masuk 8bulan ni pun masih tak boleh ke?#ingintahu #firstmom #

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Nasihat dari doktor pakar O&G, apakah ibu mengandung tak boleh telan? 1) Ubat-ubatan yang dibeli sendiri tanpa nasihat doktor. 2) Makanan atau minuman yang ibu mengandung sendiri ada allergy atau alahan. 3) Minuman beralkohol, tidak kira apa jenis, walaupun kandungan alkohol yang hanya sedikit, termasuklah tapai dan tapai pulut. 4) Telur, ikan, ayam, daging dan susu mentah. Elakkan ayam atau telur mentah atau separuh masak untuk mencegah keracunan salmonella. Elakkan daging tak masak betul untuk mencegah jangkitan toxoplasma. Elakkan ikan tidak dimasak termasuk sushi atau kerang tidak dimasak untuk mengelakkan keracunan makanan. Elakkan susu mentah yang baru diperah jika tidak dimasak sehingga mendidih untuk mengelakkan jangkitan Listeria, Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. Coli dan Salmonella. 5) Jangan ‘makan untuk DUA’. Jangan makan berlebihan. 6) Elakkan Vitamin A terlalu tinggi seperti multivitamin suppliment yang bukan khusus untuk wanita hamil, hati lembu, ubat jerawat yang mengandungi retinoic acid. 7) Elakkan ikan laut dalam besar yang tinggi pencemaran mercuri seperti Ikan shark, swordfish, Marlin, King mackerel, Tuna terutamanya Bigeye Tuna. 8)Elakkan caffein berlebihan melebihi satu mug filtered coffee sehari atau instant coffee melebihi dua cawan sehari atau teh melebihi 3 cawan sehari. 9)Basuh ulam-ulaman dan salad mentah betul-betul sebelum di makan. Elakkannya jika tidak dibasuh. 10) Elakkan ais yang dibuat dari air tidak bersih atau air tidak Masak. Lebih baik jangan minum ais dari gerai tepi jalan termasuk ais kacang, dan ambil ais yang anda pasti dibuat oleh air bersih atau dibuat sendiri. 11)Elakkan makanan tinggi gula, tinggi garam, tinggi pengawet, makanan berproses dan jajan. 12)Elakkan megadose Vitamin C (2000mg Vitamin C sehari ke atas ialah overdos atau megados) atau apa-apa supplement tambahan berlebihan yang anda tidak perlu tanpa nasihat doktor. Makanan berkhasiat yang lain seperti buah-buahan biasa anda tak perlu bimbang selagi anda bersederhana. Amalkan pemakanan sihat seimbang seumur hidup. Terimakasih. Ikhlas daripada Dr Imelda Balchin, Consultant Obstetrics & Gynaecologist

Baca lagi

Fakta atau Mitos. Makan tapai semasa hamil boleh menyebabkan keguguran? Jawapannya ialah Fakta. Proses penapaian itu menyebabkan tapai mempunyai kandungan yang beralkohol. Lebih lama proses penapaian, lebih tinggi kandungan alkohol. 24 Kajian perubatan ke atas 231 808 wanita hamil telah membuktikan, minum alkohol, walaupun hanya sedikit saja, tidak kira apa jenis alkohol, boleh meningkatkan risiko keguguran. Lebih tinggi kandungan alkohol, lebih tinggi lagi risiko keguguran. Alkohol walaupun sedikit saja, tidak kira apa jenis alkohol, juga boleh menyebabkan Fetal Alcohol Syndrome, Fetal Alcohol Spectrum Disorders (FASD) dan masalah kerosakan pembentukan otak janin. NO AMOUNT OF ALCOHOL IS SAFE IN PREGNANCY. P/S: Lagi satu nak tambah. Bila doktor tunjuk bukti kajian perubatan bahawa telan alkohol walaupun sedikit saja boleh memudaratkan kehamilan dan kesihatan janin di dalam kandungan, jangan pula lawan doktor kata alkohol dalam tapai tu halal atau haram. Doktor beri anda nasihat kesihatan saja, bukan nasihat benda tu halal atau haram. Jika kemudaratanya lebih dari kebaikan maka tak payah lah telan tidak kira laaaa benda itu halal. Makan kayu pun tak haram. Makan junk food pun tak haram. Guna lah akal fikiran anda sebelum membuat pertimbangan sendiri. Terimakasih -dr imelda balchin punya posting

Baca lagi

TAPAI ada berapa banyak kandungan alkohol? Pertubuhan perubatan antarabangsa dah bagi nasihat, alkohol, walau sedikit, tak kira jenis apa, boleh memudaratkan anak di dalam kandungan, tak kira apa peringkat kehamilan. Ia boleh menyebabkan kecacatan otak yang kekal. -ni pun dpd dr. imelda balchin Klu saya lah, tak kisah lah klu org lain makan ok, tp bila doktor tak sarankan makan, saya tak akan makan sbb taknak ambil apa2 risiko. Nasib org dgn nasib kita kan tak sama. Tapai ni bukan sbb tajam ke tak tajam Tp sbb alkohol.

Baca lagi
1y ago

betul hihi❤️

Sy mkn tapai byk kli jugak..tp tak makan byk sbb tapai mmg tak bagus pun utk ibu mngandung.. Lebih dari 3 kali jugak la makan, Alhamdulillah so far takda apa.. tp jgn ikut org, kalau tak berani jgn makan..

Sy makan je mse hari raye tp tak byk lah but rse2.. sebab sy pn ade gdm. Ok je. Mkn berpada la sis jgn bantai berbungkus bungkus.

masa saya 7 bulan saya makan tapai okay je takda masalah pape pun, lagipun kandungan dah kuat dah pun 8 bulan tu boleh je makan

1y ago

tq sis infonya🥰

sy pon mkn...tp 1 jer..bt rasa²...xde la mlntak