2 Balas

buah jambu batu , CARA NAIKKAN BACAAN HB IBU HAMIL . Hb rendah atau anemia adalah keadaan di mana sel darah merah (jumlah haemoglobin) dalam darah berkurangan. Ini boleh sebabkan kelahiran pramatang, keguguran, komplikasi semasa bersalin dan lain2 masalah semasa hamil. . Ibu boleh naikkan bacaan HB dengan mengambil makanan berikut:-. . [+] KURMA - Makanan sunnah yang berkhasiat serta mampu naikkan sel darah merah. Selain naikkan HB, kurma juga berikan tenaga kepada ibu dan elakkan sembelit. . [+] DELIMA - Kandungan zat besi dalam delima boleh mengurangkan anemia. . [+] MADU - Pastikan anda mengambil madu yang asli untuk tambah darah. Madu juga boleh gantikan gula dalam minuman dan makanan. . [+] DAGING MERAH - Mengandungi kadar zat besi yang tinggi. Zat besi dari sumber haiwan lagi mudah diserap dari sumber lain. Jika anda penggemar steak, mungkin cara ini terbaik untuk anda. . [+] KERANG - Antara makanan yang sesuai untuk penghidap anemia. Anda boleh cuba masukkan kerang dalam menu harian. Kerang bakar, kerang rebus atau sambal tumis kerang. . [+] TELUR - Kuning telur mengandungi zat besi yang diperlukan jika HB rendah. . [+] OAT - Turut mengandungi zat besi yang diperlukan tubuh. Jadikan oat sebagai menu sarapan pagi, minum petang atau minum malam. Makan oat bersama air milo supaya sedap diterima tekak. . [+] BROKOLI - Mengandungi zat besi, vitamin dan folat. Turut mengandungi antioksidan yang mampu melawan jangkitan penyakit. Boleh dimakan dengan cara stim untuk mengekalkan khasiat brokoli. . [+] KISMIS - Jadikan kismis sebagai snek harian. Bawa ke tempat kerja dan makan semasa bekerja. . [+] HATI - Boleh tambah kepekatan dalam darah. Ibu hamil tak digalakkan mengambil hati dengan kerap kerana organ dalaman tak elok untuk otak. Boleh cuba hati goreng, hati masak rendang. . [+] BAYAM - Bayam merah atau hijau mengandungi zat besi yang baik untuk tambah darah. Boleh cuba bayam masak air atau bayam goreng. . [+] KEKACANG - Makanan berasaskan kekacang seperti soya, tauhu elok untuk tambah darah. Tauhu lembik masak air dan air soya boleh dijadikan menu harian. . .

☺️

Soalan popular

Artikel Berkaitan