Masalah hb low ketara sangat mengandung kali ni

Preggy kali ni hb low nak minum susu pun susah asyik muntahkan balik je kalau minum susu makan pil klinik bagi makin low makan pil iberet pula mesti muntah muntah lepas makan pil maltofer da makan tpi kejap naik kejap turun . Ada tak makanan pape utk naikkan hb ? #pleasehelp

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

buah jambu batu , CARA NAIKKAN BACAAN HB IBU HAMIL . Hb rendah atau anemia adalah keadaan di mana sel darah merah (jumlah haemoglobin) dalam darah berkurangan. Ini boleh sebabkan kelahiran pramatang, keguguran, komplikasi semasa bersalin dan lain2 masalah semasa hamil. . Ibu boleh naikkan bacaan HB dengan mengambil makanan berikut:-. . [+] KURMA - Makanan sunnah yang berkhasiat serta mampu naikkan sel darah merah. Selain naikkan HB, kurma juga berikan tenaga kepada ibu dan elakkan sembelit. . [+] DELIMA - Kandungan zat besi dalam delima boleh mengurangkan anemia. . [+] MADU - Pastikan anda mengambil madu yang asli untuk tambah darah. Madu juga boleh gantikan gula dalam minuman dan makanan. . [+] DAGING MERAH - Mengandungi kadar zat besi yang tinggi. Zat besi dari sumber haiwan lagi mudah diserap dari sumber lain. Jika anda penggemar steak, mungkin cara ini terbaik untuk anda. . [+] KERANG - Antara makanan yang sesuai untuk penghidap anemia. Anda boleh cuba masukkan kerang dalam menu harian. Kerang bakar, kerang rebus atau sambal tumis kerang. . [+] TELUR - Kuning telur mengandungi zat besi yang diperlukan jika HB rendah. . [+] OAT - Turut mengandungi zat besi yang diperlukan tubuh. Jadikan oat sebagai menu sarapan pagi, minum petang atau minum malam. Makan oat bersama air milo supaya sedap diterima tekak. . [+] BROKOLI - Mengandungi zat besi, vitamin dan folat. Turut mengandungi antioksidan yang mampu melawan jangkitan penyakit. Boleh dimakan dengan cara stim untuk mengekalkan khasiat brokoli. . [+] KISMIS - Jadikan kismis sebagai snek harian. Bawa ke tempat kerja dan makan semasa bekerja. . [+] HATI - Boleh tambah kepekatan dalam darah. Ibu hamil tak digalakkan mengambil hati dengan kerap kerana organ dalaman tak elok untuk otak. Boleh cuba hati goreng, hati masak rendang. . [+] BAYAM - Bayam merah atau hijau mengandungi zat besi yang baik untuk tambah darah. Boleh cuba bayam masak air atau bayam goreng. . [+] KEKACANG - Makanan berasaskan kekacang seperti soya, tauhu elok untuk tambah darah. Tauhu lembik masak air dan air soya boleh dijadikan menu harian. . .

Baca lagi

☺️

Post reply image