Emosi tak stabil

Hi. Pernah tak korg yg dah 1st time jdi ibu ni termarah baby? Sy termarah baby sy hrini sbb dia asyik menangis je. Sy penat sgt. Suami sy takda d rumah sbb kja shift. Klau ada dia mmg akan tlg. Tapi klau shift malam, baby nngis sy pening taktau nak buat mcm mana. Jdinya terlepas marah. Kesian baby sy 😢😢 dia taktau apa2 pun tpi kena marah. Sy pndang muka dia msa tdur sy mnngis. Jdi kesal. Huhu ada x mami yg mcm ni? #advicepls #1stimemom #pleasehelp #firstbaby

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi. Penat memang emosi senang tak terkawal. Cuba tarik nafas dalam² bila rasa nak marah. Syukur dapat suami yang membantu

2y ago

Baikk sis. Terima kasih 😢🤗

Sama. Sy pun mcm tu 🥲 emosi sgt. Asyik nak nangis je. Tambah bila anak meragam tu, lagila. Letihnya ya Allah.

saya pun kadang kadang termarah, tapi lepastu saya cakap kat baby saya , mummy minta maaf sebab termarah 😭

normal ja tapi jgn selalu marah anak. anak tak minta dilahirkan. awak dah burnout dah tu. rehat bebanyak ya

Janganlah marah sis. Saya pun rasa mcmtu juga tapi saya tahan sbb sabar kan sebahagian drp iman.

VIP Member

pernah sis kdang saya sabar and then menangis sorang je😢

pernah jadi cmni..sbb anak saya baby high need...

2y ago

Ye sis. Baby sy pun high need jgk. Huhu

cek diri baby tu kot dia xselesa