PENGALAMAN BERSALIN 38minggu 1hari

Hi mommies, Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin pada 14.6.2023. Due saya sepatutnya 27.6.2023. Pengalaman yang sangat berbeza dan penuh dengan kejutan. Malam 13.6. saya tak boleh tidur sebab sakit pinggang dan rasa tidak selesa. Menjelang pagi rasa sakit pinggang tu hilang. Saya ada bersama suami waktu tu. Saya ingatkan sakit pinggang dan perut mengeras di sebab kan oleh sperm yang masuk seperti kebanyakkan ibu ibu tahu. Jadi bila sakit tu hilang. Saya rasa seperti biasa dan pergi bekerja pada ke esokkan hari nya. Cuma baby akan mengeras selalu dan pergerakkan baby banyak rolling dan mengeraskan badan. Sempat sarapan nasi lemak dan pisang goreng dekat tempat kerja. Kebetulan waktu tu rasa nak buang air kecil. Bila pergi tandas, tengok ada mucus dan lendir berwarna pink. Sikit sangat pink nya tapi boleh dilihat dengan mata kasar. Kita boleh tahu perbezaan dia.Tapi masih relax buat kerja sikit. Borak2 dengan kawan2. Pukul 9 pagi saya decide untuk pergi hospital. Sampai hospital saya bagitahu "baby selalu mengeras tapi tak sakit" dan "ada lendir warna pink". Terus nurse kata " baik tu ada show la tu, dah masa untuk awak bersalin tapi kita check dulu". Masuk bilik untuk buat CTG. Alhamdulillh jntung baby cantik. Proceed dengan scan untuk tahu kedudukan baby. Lepas tu bila DR check untuk bukaan, rupanya dah 2cm. Contraction masih tak ada dan tak rasa apa apa waktu tu. Betul2 saya rasa baby mengeras selang 15minit. Disebabkan saya GBS carrier dan dah ada bukaan. Dr tolak terus ke hospital HTJ naik ambulans. Dah settle daftar di HTJ, saya buat CTG semula untuk compare kan dengn CTG pertama. Lepas CTG, proceed jugak dengan scan dan check bukaan. Pukul 1 petang dah 5cm bukaan. Sakit contraction masih tak rasa. Nurse tanya, "awak tak rasa contraction ke? Saya cuma rasa baby mengeras je, tak ada sakit sakit lagi." Sebelum masuk labour room, nurse drip antibiotik sebab kes GBS takut effect baby. Dah settle suami buat pendaftaran dan untuk admit ward, dr tolak labour room terus pukul 3 petang. Dr check bukaan lagi dan masih 5cm. Jadi dr tolong pecahkan air ketuban. Lepas pecah air ketuban tu lah, dah mula rasa contraction. Badan saya agak terkejut sebab sakit dia luar biasa betul. Rasa nak berak, pinggang kena pulas pulas. Bersyukur suami dapat teman masa tu. Contraction datang selang 10 minit, kemudian selang 5 minit sekali. Saya mengereng ke kiri je. Sampai lah pukul 6.00 petang saya rasa nak berak sangat. Macam diri sendiri yang meneran. Waktu tu Dr check bukaan, bukaan dah penuh. Rambut baby dah nampak dah. "Dr kata, okay puan masa untuk awak bersalin ni. Kena teran kuat2 ya. Teran dan tahan nafas. Jangan hembus nafas. Teran macam nak berak sembelit." Masa tu tak nampak apa dah sebab masa contraction sedut gas banyak 😂 khayal sungguh. Cuma dengar suara je. Teran banyak round jugak tapi baby masih tak nak keluar. Few Dr datang dan tolong tekan perut saya untuk support baby keluar. Last last proceed dengan bantuan vacuum. Nurse terangkan pros and cons guna vacuum. Alhamdulillah pukul 6.22 petang selamat keluar baby boy 3.36kg. Rasa lega dia tu lain sangat ibu2. Tak sakit langsung dah. Masa dr jahit, dr kata "kepala baby senget ke kiri sikit tadi sebab tu awak puas teran dia tak keluar." Make sense lh meneran sungguh tadi tak keluar. Masa dr jahit saya dapat skin to skin dengn baby kejap je. Baby kena admit sebab dapat 1 drip antibiotik je. Kalau dapat 2 drip antibiotik boleh bersama dengan baby malam nya. Saya duduk dalam labour room sampai pukul 9 malam. Sebelum masuk ward, Dr akan check dulu jahitan, ada darah beku ke tidak. Agak ngilu ye waktu tu ditekan tekan. Dah settle baru boleh naik ward dalam pukul 10.30 malam. Seharian saya hanya makan nasi lemak dan goreng pisang. Ibu2 kena prepare makanan kering ya. Sebab kalau jdi macam saya tak sempt prepare dalam bag. Lapar betul lepas admit ward. Sebelum ke tandas kena makan dan minum dulu. Bagi tenaga. Takut jatuh ke apa dalam bilik air. Itu lah pengalaman saya seharian. Alhamdulillah diberi rasa nikmat sakit contraction hanya beberapa jam sahaja. Daripada 2cm - 5cm - pecah air ketuban dan bukaan penuh. Jadi ibu ibu kalau ada rasa tak kena dengan keadaan baby, perut mengeras, ada keluar show cepat2 datang hospital ya. Ada procedure dia step by step. Yang penting kita tahu keadaan baby. Setiap orang tak sama. Pain tolerance kita pun berbeza. Jadi kalau rasa tak sedap hati dan ada tanda2 turun darah, baby mengeras terus pergi ke hospital ya. #pengalamanpertama #firstmom #tandabersalin #mucuspink

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Alhamdulillah . selamat berpantang awak . 🥰 doakan sy jg di lancarkan urusan bsalin . msih blm ad turun tnda. skrg dah 39w2d .

terima kasih ats semua pngalaman sis.sdkit sbyk blh bntu sy bsedia.sis, baby blh balik terus rumah x dgn sis?sy juga gbs +ve

2y ago

Baby tak balik bersama saya. Lepas keluar result darah baby, pernafasab baby okay, dan check kuning, ke esokkan hari nya baru baby balik.