Soalan puan, patut ke puan bertahan dengan hubungan ni? Saya jawab dgn soalan kpd puan. Adakah puan nampak tujuan perkahwinan pada hubungan puan dan suami ? (tujuan perkahwinan ialah saling beri ketenangan, kasih sayang dan rahmah (saling ihsan/ belas kasihan). Jika ya, teruskan. Jika tidak, puan dapatkan tindakan undang-undang. Tahniah kerana ada kekuatan bertanya di sini. Teruskan rawatan kaunseling dan pantauan doktor untuk pemulihan dan kemajuan diri puan.
Tak patut bertahan. Wanita bukan tempat suami buangkan najis. Rasullulah saw tak pernah mengajar kaum lelaki utk menghina kaum wanita. Sedangkan martabat wanita mengandung ni tinggi, kaum suami wajib beri kasih sayang dan berlemah lembut sbb isteri adalah amanah si suami. Jgn lah bertahan dgn lelaki mcm ni. Awak berhak utk berasa tenang dan gembira. Banyak lagi lelaki yang akan menhormati awak dan menjalan tugas dgn lebih baik.
Kalau awak tak yakin, jumpa lah Kaunseling atau ustaz/ustazah utk mendapat nasihat mengenai itu kerana apa yang dikatakan oleh suami awak itu tidak betul.
puan lebih baik tinggal di rumah ibu & berjauhan buat sementara sambil mencari ketenangan. jaga mental, susah bila mental kita tak stabil puan, nti siapa nak jaga anak. abaikan dulu suami buat sementara, yg penting mental & kesihatan puan terjaga esp. waktu tgh mengandung ni. jaauhkan diri dari hubungan toksik buat sementara. semoga si suami istiqomah & sedar akan perbuatannya Dan mohon dijauhkan dari perbuatannya yg ganas.
betul , ramai yg nasihatkan saya berjauhan dengan suami. Baru ni saya ada kekuatan nk cerita pda mertua. sebab mertua tak penah tau apa anak dia buat pda saya
klau sy, sy tak pertahankan.. angkat kaki blaahhhh.. bg sy kekuatan sy anak.. bukan suami.. lg2 klau dpt suami mcm tu.. baran, pemalas, kuat lepak x reti balik.. g report polis mintak polis check urine dia.. takot dia amek benda yg bukan2 plak.. lain mcm sgt prangai nye tu.. semoga puan kuat, sabar ye.. kawal stress, kesian kat baby.. *bigHug🫂
saya ada terfikir nk buat report juga , test urine sekali
Semoga puan kuat ye.. Allahu...sedih nye.. Sy xde ape nk komen.. Cuma sy harap sgt2 Allah jaga puan dengan bakal baby puan.. Stay strong dear
Allah... Kuat ye puan😭xpe biar mak la jaga dulu..
Allahu berat nya rse . nk sbar pun rse xdok gune dh klu gini 🥺
saya cuba pendam sabar tapi makin hari makin teruk mental saya
Nuur I M H