Orang mengandung ni pinggang dia macam nak tercabut rasa, tambah lagi bila buat mcm2 kerja! Lagi rasa macam nak putus! Serba tak kena dibuatnya, duduk salah, banggun salah! Baring kekiri tak selesa, ke kanan tak selesa! Jadi!
Buat suami, ini tips yang boleh bantu isteri kurangkan sakit pinggang sepanjang tempoh mengandung :
1. Sediakan 3 biji extra bantal. Dalam keadaan isteri mengiring, letak bantal di bawah perut, kaki, & paha sebagai sokongan kpd mommy.
.
2. Bantu isteri dengan urut bahagian pinggang, bahu, betis & tapak kaki. Ia akan buat isteri rasa best. kalau suami tak larat mengurut, bawa isteri pergi mengurut ya. But make sure pengurut tu tahu urut pregnant mommy. & urutan untuk ibu hamil perlu elakkan sentuh bahagian perut.
.
3. Bawa isteri berendam/berenang dalam swimming pool. Kalau isteri tak pandai berenang xpe, asalkan cuba tendang2 dalam air. (dapatkan green light dari doctor dulu).
.
4. Mandi air sedikit panas & dialirkan lebih byk di bahagian pinggang akan beri kelegaan buat isteri.
.
5.Tuam dengan ice pack.
.
.
Silakan share dengan suami mithali korg!#pregnancy #pregnancy