Baby jaundice memang macam tu awak. Sebab tengah 'tak sihat' I knew the struggle untuk jaga jadual susu baby. Saya dan suami memang tak cukup tidur masa anak ada jaundice. Eyebag hmm.. 😅 Duduk saja pun boleh tertidur. But do not give up! 💪 Kena kerapkan penyusuan setiap 1-2 jam. Saya dan suami, masing2 set alarm kat phone sebab taknak terlepas jadual susu baby. Cabarannya bila nak kejut baby tu. Saya dan suami gilir2 kejut. Tips nak kejutkan anak - Geletek tapak kaki dan tangan (tak bangun), - Buka bedung anak (tak bangun juga), - Bogelkan anak, pakaikan pampers je. Untuk masalah anak tutup mulut, - Check lekapan anak - Cari postur menyusu yang sesuai dan selesa - Check dalam mulut takut ada tongue tie - Buat oral stimulation Awak boleh follow lactation counselor di IG/FB untuk ilmu penyusuan. Antaranya - Puan Nad Masrom - Puan Ika Nabella Atau dapatkan bimbingan daripada nurse. Anak masih lagi checkup jaundice di KK kan? Gunakan peluang tu untuk minta tunjuk ajar soal penyusuan daripada nurse. Good luck mommy 🌹