HB naik mendadak

Ni bukan soalan cuma sekadar sharing. Saya memang ada masalah hb rendah, mild anemia dari sebelum kahwin lagi. Jeles betul tengok orang yg bole derma darah kat uni dulu, saya tak boleh sebab hb nak jejak 11 pun susah. alhamdulillah hari ni saya first time buka buku pink. Yang tak sangkanya nurse dan Dr puji kata hb cantik rupanya 14.4. gembira bukan main saya tak pernah² HB tinggi camtu sekali. Kembang Kempis hidung nasib baik pakai mask. Dr pun tak bagi iron supplement la sebab hb dah elok. Apa yang saya buat utk naik HB ni? 1. Saya amalkan iberet folic acid sejak upt positif. Dulu saya amal folic acid je. Tapi sejak pernah ada miscarriage sebab baby tak membesar, sayaterus amalkan iberet folic. Iberet mmg mahal sikit dari iron tablet yg lain tapi saya rela untuk kesihatan saya dan anak. Saya consume sebelum tidur telan dgn air masak. 2. Saya stop minum coffee. Dulu sy memang hantu mocha, latte, Nescafé ni. Sejak hamil saya tak minum dah kalau teringin sangat sy hirup sikit suami punya waktu pagi. 3. Saya banyakkan makan buah berivitamin C- Oren, limau, anggur, mangga, pear. Kalau tak selera makan nasi saya snacking buah. Biasanya saya dekatkan jarak makan buah dgn ambil iberet sebab vitamin C boost iron absorption. Saya akan makan buah sejuk2 dari peti ais utk elakkan mual. 4. Saya minum pati delima gulsan yg masam tu. Tapi yg ni saya tak konsisten dlm 3 hari sekali sbb selalu lupa haha Moga bermanfaat dan membantu bagi yg mommies yg struggle naikkan HB. Doakan saya juga🌹 #justsharing #sorrypanjang

HB naik mendadak
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

great sharing ibu 👍🏻✅