9 Balas
Macam sy pulak since baby 8 bulan apa yg kita masak /makan kedai sy akn cubit lauk dan nasi sy penyekkan guna tgn je, kiranya tak letak kuah2. Makan lauk dan nasik yg sama mcm kita makan cuma kuah tak ambik. Contoh order siakap stim, so cubit jela ikan belah isi dalam tu penyek dgn nasik kalau ada sayur pun penyek dgn nasik selalunya kentang/carrot. Anak mudah makan kt mana2 tak perlu pening2 bawak makanan asing/ masak asing. Kalau order moi tak perlu letak kuah, just bg nasik dgn lauk ayam carik tu. Dan apa2 makanan pun mcmtu.
kalau masakan family yg awak buat tu memang ada kandungan sos,,ambik isi sahaja lepas masak (ikan/ayam/daging/sayur).kalau nak clean sikit,bilas la dengan air suam untuk hilangkan sos tu. maksudnya jangan letak kuah masa suapkan baby. isi lauk tu dah serap rasa (gula,garam,msg). kalau nak strict lg jangan bagi anak makan lauk yg ada sos. buat lauk yg guna real ingredients mcm masak lemak,sup,kari.
maksud nya sis bergantung pada jenis masakan. macam sup2, kari, sambal , masak lemak yg friendly utk anak. sambal Kamii guna cili yitu yg tak pedas. bahan tu kami tumis , sebelum letak bahan lain kami keluar kan bhn tumis. masak kat kuali lain. mcm sup2 tu senang la asingkan siap2 sblm letak perasa. Yg sos2 mcm msk paprik ke apa,ganti paste tomato friendly baby,ni buat stok siap2, nak msk cmpak2 je.
Macam ni awak, ikut cooking style awak. Kalau makanan family awak jenis yang letak sos, gula, garam, etc then kena masak asing la untuk baby. Macam saya makanan family guna real food. Tak letak sos, MSG, gula, garam, etc so saya boleh masak sekali untuk anak saya makan. Tak perlu asing. Anak saya strict to no sugar/salt diet sampai umur 2 tahun.
sos semua tu byk garam gula msg la awak. so tk sesuai utk anak. sy bg mknn family. contoh sayur masak lemak putih, gulai ayam, sup ayam ikan etc, sayur goreng yg just tumis bawang merah bwg putih etc. telur dadar telur hancur etc, dan banyak lg. praktis makanan sihat for the whole family bkn anak je.
Faham sis, tu sy terfikir & tanya 😂 klu mostly family pn jwb ayat mcm tu tp masakn dorang byk guna sos. Thats why terfikir bukan sama je ke, tu tnya pndpt yg lain.
anak saya skrg 1 Tahun 2 bulan . Apa yg kita makan , kdg anak makan jer . contoh kalau buat Kari , saya x buat Pedas. so anak pun boleh makan skli , sekli kuah dia makan . kalau buat ayam kicap , makan je sekali . alhamdulilah senang bawak mana2 . makin sihat syukur . berat pun naik je .
depends atas parents, ada org mmg xnk bg garam gula smpai 2tahun, ada yg bg je xkesah. kalau mcm sye, since anak 8m mmg bg makanan family xdek masak asing. bg lauk je + kicap sikit, kuah tak pun sbb anak jenis suka makan kering. anak sye dh 1y8m, alhamdulillah ok je.
sama sis, janji anak nk makan 😆.
ank sy skrg setahun 4bulan. sy masih masak asing. tapi dlm makanan bby tu sy letak garam sikit. sy tak strict sgt. sy masak asing pun sebab kami laki bini tak makan sayur. tapi anak makan.
TQ semua ibu2 bgi penerangan 😊 fhm dah
Anonymous