Breastfeeding

Nak tips untuk percepatkan keluaran air susu ibu ..saya semalm melahirkan tapi belum kluar air susu..dh pump..dh bagi bby hisap je..tp nak tips yg cepatt 😢 ksian bby #seriusnanya #ingintahu #firstmom #firstbaby

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hari ptama kt ward sy susukn baby mcm biasa. susu ada ja tp kuantiti sngt sikit bersesuaian dgn perut baby time tu. lgpon sbb baru 1st day dpt rangsangan kan.. hari kdua sy msuk wad kuning. ponn df mcm biasa. tp masa tu sy topup susu formula hospital pny sbb nk bg baby betul2 knyang baru dia maw lena bawah lampu biru. hari ke 3 bgun tido breast dah start sakit & ada ketul2. nurse ckp ok tu mksudnya susu baru nk start bnyak. so kna urut sndiri. letak 3 jari dekat mana2 yg ketul2 tu tekan & buat urutan membulat. tujuan nak pecahkan / leraikan salur2 susu dlm tu supaya lancar. kmudian marmet bg susu keluar. tp paling senang masa baby isap time tu smbil buat urutan mmbulat. so baby sngt membantu time tu. yg penting jgn pam lg sbb nnt sakit puting sbb susu awal2 tu pekat. hari ke 4 breast hampir bengkak tp susu keluar dh lancar...barulah sy pam keluar.. Alhamdulillah xpernah kena bengkak susu. skrg baby dh 3 bulan. df sntiasa & tak pam dah. sbb sy suri rumah

Baca lagi

Sy faham perasaan awk. Pengalaman sy masa anak 1st. Badan sy tiada susu sehingga hari kedua lepas bersalin. Mmg dah cuba bagi baby hisap dgn lekapan yg betul. Tapi baby asyik menangis kelaparan semalaman. Kebetulan sy dapat berurut pd hari kedua sebelah petang. Bidan cakap kenapa tak bagi susu fm dulu. Kesian baby lapar. Sy masatu tak terfikir langsung nak bagi susu fm. Sampai sekarang masih teringat2 dan rasa bersalah pd anak. Utk pengetahuan, susu badan sy mmg tak banyak. Cuma bertahan 2 bulan sahaja. Masa berpantang mmg agak stress sebab tak dapat nak bagi anak susu badan yg mencukupi. Alhamdulillah, Anak dah umur 3 tahun dan serasi dgn 1 jenis fm sahaja. Baru ni tukar susu full cream utk galakkan pemakanan dia.

Baca lagi

pengalaman saya dan berdasarkan apa yg saya belajar, sebaik je anak saya keluar kira2 dlm 15-30 min saya terus susukan dia. sebaiknya jangan pam, marmet sahaja dulu. mmg kalau pam kita tengok tak ada susu sbb kita mengharapkan susu tu keluar banyak. padahal susu kita mmg Allah cipta cukup mengikut keperluan baby tu sendiri. teruskan je penyusuan macam biasa, mind set kena betul dan yakin kita mmg ada susu. jangan ingat bila baby nangis je sbb dia tak cukup susu, mesti ada sebab lain. dia rasa tak selesa. atau dia rasa sakit kesan sampingan selepas vaks😌 kita lps cucuk vaks pun demam kan. dan cek juga baby ada tongue tie atau tak. lekapan betul ke tak. dapatkan bantuan cpt daripada kaunselor laktasi

Baca lagi

hi awak, elakkan pam. cuba check lekapan baby awak dh betul atau tak. semasa baby menyusu buat breast compression (kalau tak tau mcm mana nk buat boleh google). selepas baby menyusu boleh buat urutan marmet. dapat mengoptimakan pengeluaran susu badan mommy. tapi kena igt susu bdn di awal kelahiran tak byk. mungkin akan dpt 1sudu teh tu ja. tapi sgt mencukupi utk size perut baby awak. kita panggil liquid gold. boleh google cara2 buat urutan payudara utk merangsang pengeluaran susu bdn awak. cuba marmet dn tadah guna milk collector.

Baca lagi
2y ago

by the way, sy breastfeeding advocates☺️❤️

kalau lps brnk mmg makan masaa sis. sy 3 hari tkde sussu mse kt hospital. hri2 ngs tp akaak2 kt wad sllu bg sy smngt . try beli mamom. sy makaan tu alhamdulillah wlaupun xbnyk tp ade la sikit utk bg kt baby susu bdn. lps balik dri hospital sy start makan tu and minum susu kambing smpaila skrg . hrni dh hri ke 24 sy brpntg. susu sy melimpah meleleh dkt baju. and mnum air msk bnyk. makan sayur2 n nasi. mnum susu kmbing n kapsul mamom tu. insyaAllah brkesan.

Baca lagi
2y ago

aah mmg pun. nurse yg akan bg susu fm kt baby kalau mak tkde susu badan lagi. even dah puas paksa bagi susu badan ttp xkuar, nurse akn gtau suruh bwk baby blik menyusu utk nurse bg susu formula..hari ke 4 , ke 5 bru sy blh bg susu sndri sbb sy pump tetek sy bg kuar puting and susu. tp ble blk hospital pun sy ttp cmpur susu baby. kalau sy tk smpt nk topup susu bdn, sy akn bg susu fm kt baby.

saya faham perasaan awak sedih utk anak tu😘first skli tenang2..ckp kt baby ..kita usaha sama2 k.baby kne hisap untuk rangsang susu.awak pulak..keep urut,ransang2 breast k.kalau bgus lg,panggil org urut lancar susu..kalau baby hisap suppose akan bengkak2 nanti cuma xklua je susu lg.usaha tau😘baby pun tahu kita usaha sama2

Baca lagi

normal je sis kalau susu belum keluar. saya hari ke 3 baru keluar susu sebab anak saya kena tahan dekat wad jadi saya tak sempat nak bagi dia latch. hari ke2 tu saya mintak org urut lancar susu, so hari ke 3 tu anak saya balik saya bagi dia latch baru susu keluar banyak. better sis panggil org urut

Try marmet dulu. Tgk google caranya. Urut2. And jgn emosi sgt. Teruskan bersabar. Sbb emosi pun effct pengeluaran susu. Susu kita akn keluar ikut demand bayi. Maybe ada sikit2 tu. Tapi teruskan urut utk rangsang susu keluar. Elakkan pam utk permulaan ni. Goodluck mommy.

TapFluencer

Memang makan masa. Kena berurut. Kalau mommy belum bertungku dan berurut dengan tukang urut better buat segera. Sebab ia akan melancarkan pengeluaran susu. Boleh minta tolong suami urut bahagian belakang badan area belikat tu. Moga dipermudah kan ya

2y ago

Kalau tak keluar susu langsung macam mana anak nak dapat nutrien dan seterusnya kenyang mommy. Takpa cuba stimulate breast dan berurut ya

saya baby lahir je terus susukan ikut yg nurse ajar. mmg tak terus banyak sbb perut baby kecik je lg. saya just yakin yg baby dapat susu even masa dia hisap tu mcm takde rasa apa2 pun. betulkan lekapan dan yakin baby dapat susu selagi mana dia menghisap.