Nak tanya mommies , ada tak mommies yang pernah overdue last scan berat baby 3.6kg . Boleh tahu dapat bersalin normal tak ? Ada tips tak untuk rangsang bukaan , dah ikhtiar macam macam cara . Tapi tetap tak jalan , doktor cakap kepala baby dah masuk laluan cuma tunggu masa je ! 😞
#firstmom #firstbaby #pleasehelp #bantusharing
Update : 28/9
Pagi dah start rasa contraction kerap , pukul 12 keluar tanda lendir coklat tapi sikit so tak pergi hospital lagi . Pukul 8 keluar lagi tanda coklat banyak , terus contraction makin kuat terus pergi hospital . Sampai hospital ctg contraction sikit je , check jalan baru 1cm . Misi kata “ awak boleh balik sebab baru 1cm , untuk awak anak sulung 1cm ibarat jalan belum buka lagi ( 0cm ) “ . Sampai rumah contraction dah start slow lepastu hilang , pernah dengar orang cakap kalau 1cm boleh jadi jalan tutup balik . Betul ke ? Saya taknak sampai kena serah diri , tapi kalau dah keluar tanda macamtu agak agak dalam berapa hari ye boleh bersalin ? 🥲🙏🏻
#ingintahu #firstbaby #pleasehelp #bantusharing