Baby batuk kahak + selsema
Hi , nak tanya lah mcm mane ek nak bagi cpt sembuh batuk kahak sikit2 plus selsema baby 2 bulan. Dah guna sterimar & sedut hingus, mandikan baby dgn air lemon + epsom salt, sapu ubat herba asmak & letak minyak habatussauda dlm susu. Baby tak meragam pun, tidur pun okey.. cuma susah hati lah dgr baby soksek soksek.

Baby bawah 6 bulan eksklusif susu ibu atau susu formula sahaja awak. Tak boleh campur dengan apa2. Kesian baby. Awak teruskan apa yang awak buat sekarang ni kecuali letak minyak dalam susu tu. Sambil tu perhatikan juga pernafasan baby. Kalau baby sukar bernafas dan dada berlekuk bila bernafas, kena bawa ke hospital. Extra effort yang awak boleh tambah - Tukar ke susu formula yang lain jika anak minum susu formula. Mungkin susu tak sesuai untuk anak. - Persekitaran baby kena bersih daripada habuk. - Jauhkan baby daripada perokok dan asap rokok. Kalau ada perokok yang nak pegang baby, suruh dia mandi dan tukar baju baru. - Jauhkan baby daripada orang yang tak sihat. Jangan baby dicium orang ramai. Kalau ada orang yang tak sihat nak dekat dengan baby, pakai mask. Semoga baby cepat sembuh 🌹
Baca lagi