Boleh ke baby 2bulan diberi minum air zam zam

Nak tanya ibu2. Baby baru 2 bulan boleh ke diberi minum air zamzam? Mak mertua yang bagi. Tak boleh nak halang dah nanti jadi gaduh pulak. Boleh ke tak ye? Saya risau kalau jadi apa2. #advicepls #firstbaby #firstmom #ingintahu #pleasehelp Untuk yang reply dengan anonymous, saya tak boleh nak halang tu bukan bermaksud saya tak halang langsung yea. Saya dan suami dah halang dan dah nak ambil baby dari pangkuan mertua untuk tak bagi jadi gaduh dan tak nak diberi air zamzam tapi tak sempat lagi nak diambil baby dah diberi terus air zamzam

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Untuk apa diberi air zam2? Itu soalan saya. Kena ingat sebelum jadi ibu, kena belajar dlu waktu tgh pregnant apa yg boleh apa yg tidak. Bukan jadi ibu ni stakat nak baby comel je. Dalam buku pink, saranan nurse n doctor pun da banyak kali pesan “Jangan diberi apa2 kepada anak selain susu ibu/FM sehingga umur anak 6bulan” Biar la bergaduh sekarang. Dari bergaduh kemudian bila awak yang menanggung nanti. Ini nasihat saya. Awak kata tak boleh nak halang. Tapi awak lupa pertahankan hak awak sebagai ibu.

Baca lagi
3y ago

Kalau da TER tu , Takpa la. Anggap je tu pengajaran untuk alert dgn Org sekeliling.. awak pantau anak. Sbb Mungkin ada Org kata ok, sikit je. Sbb tu nak Org. Anak Dia,cara dia. Anak Dia Sakit,lantak Dia. Anak Kita, Kita xtau apa jadi. Saya ckp mcm ni Sbb saya ada pengalaman mertua titik susu kambing fresh Dlm mulut Anak saya untuk hilang kan kuning masa saya tgh mandi. Elok kuning Anak saya 189, ptg terus demam teruk check darah kuning naik 400 . Saya hampir hilang anak yg Baru berapa hari lahir. Sakit bersalin pun xhilang Selepas tu, saya Mmg xbg sape2 jaga Anak saya. Serik. Trauma. Untuk suami pulak, Sbb Itu Ibu Dia. Saya trus terang dgn suami untuk Tegur Ibu Dia, xkesah la Ibu Dia ada 6org Anak, berpengalaman. Tapi untuk jaga anak,didik,cukup kami berdua.. Kalau saya tegur Mmg boleh berperang besar.