Ini pendapat dan pengalaman saya la. Rule yang paling penting sekali. Jangan sesekali paksa atau marah anak bila tak mahu makan atau makan tak habis. Secara tak langsung akan buat anak trauma untuk makan dan anggap makan atau makanan tu suatu yang menakutkan bagi anak. Anak tak habis takpe, nanti boleh suap lagi. Anak taknak makan takpe, nanti boleh offer lagi.
Jadual makan perlu ada. Ini penting, nanti anak boleh adapt dan tahu waktu makan itu apa.
Libatkan anak waktu makan bersama-sama awak dan suami. Satu hari sekali pun takpe. Anak ni umpama sponge. Mudah untuk absorb apa yang dia nampak. Bila anak tengok kita parents makan, anak akan curious dan cuba untuk makan.
Menu dan tekstur makanan memang kena pelbagaikan dan try and error. Bila anak tak sihat atau nak tumbuh gigi waktu ni la kita kena tackle selera makan anak. Kenali sumber karbo, protein, lemak, mineral. Macam awak kata anak taknak makan nasi bubur, awak buat menu lain. Contoh mashed potato (karbo), mashed pumpkin (karbo), pasta (karbo). Anak saya sebulan taknak makan nasi tapi saya tak panik. Saya masak kan spaghetti, mashed pumpkin + ayam, mee sup ini antaranya.
Be strong 💪
Anonymous