tukar huruf
nak tanya ada tak mommy2 yang pernah bertanya dekat yang mahir bab2 nama baby.. nak tau boleh ke kalau kita tukar huruf dekat nama tu ?? contohnya huruf 'i' tapi kita tukar jadi 'ee' ? sesiapa tau tolong share. thank you 🫶🏻
Permudahkan lah urusan diri dlm memberi nama anak. Mudahan anak dan orang lain tak susah atau tak keliru menulis nama anak. Sebenarnya tak faham juga soalan. Baca komen lain, OK, tak payah lah susah - susah fikir, letak aje yg ada makna baik. Hehe. Jangan marah ya. Malas nak serabut. Teringat klien, kita salah tulis nama, dia dgn berseloroh: Mak saya berhari-hari fikir nak letak nama saya, puan senang-senang sebut/ tulis nama saya gitu. 😅
Baca lagiSaya tak pasti Bab ni sis..tapi sy Dan husband letak Nama anak yg senang disebut Dan ade maksud..ade orang dia ubah I to ke E, U ke O Dan lain2..sy, husband tak.. Memang sy letak sebiji, contoh: Mohammad, sy letak Muhammad.. Contoh Mcm Noor, sy letak Nur.. Walaupun bunyi lebih kurang Sama, tapi saya letak yg mcm ni.. Cuba sis Tanya orang yg lebih Arif Bab erti Nama..mcm Ustaz,ustaza.. mungkin dapat jawapannya..In Shaa Allah
Baca lagiSis boleh rujuk perubahan huruf ni dgn mne2 ustaz. Boleh minta suami tanyakan, ustaz atau imam masjid terdekat perumahan sis. Atau lagi mudah boleh rujuk jpn. Tapi sebaiknya bagi nama yg mudah utk ditulis anak utk urusan penting dan makna yg baik, tidak perlu terlalu susah atau terlalu panjang. Kesian ke anak nanti sis. 😅
Baca lagilebih mudah rujuk org dlm bidang bahasa sis. nama kalau tak dr bahasa arab xpe la, tp kalau dr bahasa arab, kurang satu huruf @ lebih satu huruf pun dah bg maksud lain.
Selagi masih ada maksud dan maksudnya yg baik² takde masalah. Tapi kalau takde maksud, janganlah tukar. Sebab nama anak ni yg kita akan panggil selalu dan satu doa jugak untuk dia. Semoga jadi anak soleh/solehah ☺️
owh contoh..macam ejaan melayu untuk =Yasin..pergi ke Latin=Yaseen..betul ? huruf I,e,dan y kalau dieja dalam bentuk jawi menggunakan huruf yang sama iaitu ي . (maaf kalau saya salah)
terpulang..saya tengok ramai je yang buat macam tu sekarang..macam Azim-Azeem Fatima - Fatema Raisha -Raysha.
lagi baik letak nama2 yg ada dalam hadis...semoga nama yg diberi memberi sedikit keperibadi seperti empunya nama...mcm anak sya ukasyah nama sahabat nabi...inn syaa Allah
sya kurang fhm soalan awak tapi klw name dh daftar at jpn nk tukar huruf bolh buat permohonan pindaan dan buat akuan sumpah pastu daftar balik name
JPN akan follow je apa yang kita daftarkan. cuma beberapa perkara tak boleh contohnya special characters macam '"*-+!;:)/( dah tak boleh. saya nak letak anak saya 'A... dah tak boleh. anak first boleh. ni info masa nak daftar sijil lahir bulan Julai 2024 hari tu. info² ini sentiasa update. kena rujuk JPN terus apa yang boleh n tak...
tak sure lah sis, sbb haritu ada seorg ustz ni bgtau huruf pun main peranan. mmg bunyi sama tp makna boleh lain. sama juga ejaan nama dlm huruf jawi.
Kira Macam Nama Mariam dengan Maryam kira tak sama maksud lah ye?
contoh nama, الف dieja alif kalau اليف dieja aliif nak tukar aleef tu masih difahami lg.
Boleh je asalkan sebutan sama & dah tak mengubah maksud nama bila sebut. Mcm Nur & Noor
Ni bukan ilmu mak2 first time. Ni ilmu bahasa arab actually. Saya dulu kt sekolah kelas arab, mcm tu lah definisinya. Yg penting sebutan arab tu yg kena betul. Ejaan dlm malay/english takde effect pape pun