Luahan dan ingin pendapat

Hi mummys. Saya 1st mom. Sekarang saya buntu nak bersalin di mana. Sama ada di Selangor (tempat saya tinggal skrg) atau Perak (rumah ibu). Ikut kan plan asal saya. Saya nak bersalin di Perak. Jadi mudah, lepas bersalin terus duduk rumah ibu. Tak perlu saya nak berjalan jauh. Tapi tiba2 harini. Ibu dah abg di Perak call, katanya lebih elok kalau bersalin di Selangor. Katanya banyak benefit untuk rakyat selangor/anak selangor/ic selangor. Seperti bantuan, program iltizam, dll. Yg ni saya tk pasti, dan tak pernah terfikir. Sebab saya bukan asal sini. Kalau ada org selangor boleh beri nasihat atau betulkan, silakan. Jadi bila abg dan ibu beri pendapat mcmtu. Saya jadi konfius terus nak bersalin di mana. Ibu cadangkan bersalin saja di Hospital shah alam, selepas 3,4 hari baru la balik kpg di Perak dan berpantang. Tapi ibu saya tak paksa. Jadi saya nak mintak pendapat mummys disini. #pleasehelp #firstmom

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy bukan org Selangor. Tp sy dah bermaustatin lama di Selangor. Tp sy x tukar pun IC Selangor, masih IC n9. Husband sy lahir KL, mak tggl di n9 juga dan bermaustatin lama di Selangor. IC tempat mengundi semua di Selangor. Anak lahir di Selangor. Mmg byk benefit pun sbb Selangor antara negeri paling kaya Di Malaysia. Tu byk kelebihan yg negeri nie boleh offer. Sy x terfikir pun pasal kelebihan2 nie bila bersalin kan anak di Selangor. Masa tu PKP just no choice terpaksa bersalin dan berpantang di sini. Sy rasa depend juga pada situasi awak dan husband. Mmg byk bantuan diorg bg. Sama ada awak layaj atau x layak dpt sahaja lah. Apa2 pun rujuk pada khidmat masyarakat DUN awak untuk tgk apa kelayakan yg awak boleh dpt. Yg Iltizam tu baru lagi kan. Sy x pasti bab tu.

Baca lagi