13 Balas

Umumnya, pada bayi yang berumur 5 bulan, kulit kering lebih biasa berbanding dengan kurap. Kurap adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat. Kulit kering pula boleh disebabkan oleh kekurangan kelembapan di kulit bayi. Bagi membezakan di antara kulit kering dan kurap, adalah penting untuk memerhatikan tanda-tanda yang lebih khas kepada setiap keadaan tersebut. Jika kulit bayi melecur, gatal-gatal, bersisik, dan merah, ia mungkin disebabkan oleh kulit kering. Manakala kurap pula biasanya kelihatan seperti bercak-bercak yang bersisik dan boleh menjadi merah. Jika anda masih bimbang, adalah lebih baik untuk mendapatkan pandangan daripada pakar kesihatan seperti doktor atau ahli farmasi. Jika bayi mengalami masalah kulit kering, anda boleh mencuba menggunakan losyen khas untuk kulit bayi yang membantu melembapkan kulit. Selain itu, pastikan bayi sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kering. https://invl.io/cll7hzz

ank sye pun jdi cmni...alergik seafood dri pemakanan sye n kulit kering...sye guna snow white strawberry dgn krim aquas tu...klau ank menyusu badan n alergik ibu kna jga permakanan mcm sye...x mkn seafood kulit ank elok je....skali mkn hbis stu bdn🤤

Okay awak tq ya suggest 😘

anak saya macam ni juga tp saya bawa dia pergi klinik pakar kanak kanak doktor ckp fungus(sbb nampak lingkaran bulat). sebelum ni ada guna krim juga tp tk berkesan dan semakin merebak. tu yang saya bawa jumpa doktor kanak kanak.

Ok tq ya sebab haritu anak kwn kena fungus jgk then doc kasi cream steroid dos rendah tu yg tanya tu

baby saya ada naik mcm ni.. saya stopkan pakai mandian, mandikan baby guna air suam letak setengah sudu makan garam je,. stop pakaikan losyen, hanya pakaikan minyak @ balm untuk perut dan dada selepas mandi.. alhamdulillah ok.

Garam tu pakai garam apa ye? Nangis tak anak sebab takut pedih

Kalau ikut gambar, anak saya pernah kena macam ni. Saya terus refer paediatrician. Dapat cream then dah okay. Sorry saya tak berani nak suggest any cream untuk anak awak. Get well soon baby

Same la anak sy pn kulit macamni, sebijik 😓 tapi ni sebab peluh or losyen tak sesuai ni. Klau boleh tukar losyen dia. Sy hritu pakai cetaphil. Skrg dah tukar pg ZeHo. Dah elok dah kulit dia.

Tu la, haritu pn hari2 bingung tngk kulit anak sy😓 tp baru baik dah ni. 🤭 Alhamdulillah. Okay wc..

Anak sya pun mcm ni hari tu. Sbb tersilap pakai sabun mandi anakku. Beli sabun mandi cetaphil yg gentle wash shampoo & body tu dgn lotion pakai aveeno. Baru lah okay

Ye betul sis, sis kena stop dulu semua, saya pun stop dulu sabun sekejap hari tu, lps pada tu baru pakai cetaphill , mandi ank sabun sekali je sehari.

ruam ni sis. masa bby sy 7 bln jadi mcm ni. sy bawak g klinik dia bg ubat sapu... ruam peluh ni.. hihi

Mula2 start dengan ruam peluh jugak kering je badan bintik2 merah. Sebab raya haji balik kg sana panas lit litt 🥹 lama2 naik bulat2 tu pulak

Sama.. jumpa doc.. kata fungus.. jdnya dia bg krim.. hilang skejap.. then dtg blk..

Nmpk mcm ruam pns tp klu mrsaukn dan smakin teruk blh jumpa doctor

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan