19 Balas
Booster x wajib. Tapi digalakkan buat golongan berisiko mcm ibu hamil sbb kena mudah dijangkiti. Saya yakin ambil booster sbb sy nak elakkan perkara yg lebih mudarat. Selebihnya sy tawakkal. Sy juga tak suka baca berita2 menakut2 kan org. Sy fikir mcm ni.; Sblm 24w sy dah mengah, apa lg jika sistem pernafasan sy diganggu oleh makhluk2 virus ni. Sy dah ambil booster vaksin pd week 24. sblm tarikh temujanji sy tanya klinik yg cek up saya. alhamdulillah , sblm vaksin dan pada tarikh vaksin saya sihat dan cergas. Sblm vaksin saya makan, saya tak nak letihkan badan. slps vaksin, sy tak buat aktiviti berat selama seminggu. keep on hydrating ya . itu pengalaman saya.
sy dah bersalin, dpt booster pun masa pantang. tp sy tgk kenalan rapat sy yg mengandung 32w pun ambik booster. sebab kami majoriti pernah positif / ada pengalaman tgk org yg positif covid. kalau tgk berita dan kajian pun, peratus nk kena AEFI ni sikit sangat. bagi sy, benda yg kita tk pasti akan jadi kt kita (contoh: AEFI booster) so jangan terlalu fikir pasal tu. tawakal dan berserah kat Allah, apa pun semuanya ketentuan dariNya juga.
Saya dah ambil masa 12 weeks. Disyorkan untuk ambil untuk mengelakkan diri drpd mendapat komplikasi yg teruk akibat covid. Ambil pfizer tau. Takpe puan, kita usaha selebihnya kita tawakal kepadaNya. Alhamdulillah lepas booster saya okay, cuma lenguh kat tempat cucuk tu je. Yang penting rest well, air minum banyak.
Tunggu besar sikit sis. 14 minggu ke atas. Reject dulu kalau dapat, dan dapatkan nasihat nurse/dr kk ditempat sis ya
sy baru je ambil.. skrg tgh week 36. stakat ni rasa lesu je.. dn sakit bhgian tpt jarum. ambil keptusan utk ambil booster sbb org2 sekeliling sy byk yg contact rapat dn positive. Dr pun bg nasihat utk ambil booster sbb ibu mgndung ni high risk. skrg ni tgh tggu hari utk bersalin,doakan sy ye mummy.
saya dari 22week.doktor ckp.mahu bgi vksin dos penggalak..tapi.saya minta.tangguh dulu..tunggu lah lepas bersalin..huhu..dos 1 dos 2 pun sakit2 badan..antibodi yg tak.kuat lebih baik berpikir dua kali.lah kalau nak.ambik ni dos penggalak ni😅kalau jnis bdn selalu sakit..tangguh2 la dlu..
1st dose : AZ - masa ni taktau dah pregnant 5th weeks 2nd dose : AZ - 14th weeks Booster : Pfizer - 33rd weeks Alhamdulillah semua okay pada saya. Cuma demam sehari, kebas kat tempat jab pastu okay dah. Niat nak protect baby je supaya dia dpt generate antibody utk fight covid kalau kena.
Saya dah ambil dah minggu lepas masa 22weeks. Ambil hari isnin petang, then takda apa. Selasa tu demam pagi sampai malam. Makan panadol and tidur cukup. Alhamdulillah demam sehari je sis. Rabu dah baik dah. Tempat injection tak sakit, demam dah kebah. So far so good je
saya ambil masa 24w ritu, sblm tu risau jgak tapi saya tnya nurse kt kk dlu sblm tarikh temujanji...preggy mom memang digalakkan ambil sebab kita golongan risiko...lepas ambil saya cuma lenguh tangan je dlm 2-3 hari cmtu , xdak demam ape pn
Saya pregnant baru 7w. Dah 2 kali dpt tarikh booster tapi tak pegi lagi sbb takut lagipun kandungan masih baru. Seeloknya nak vaksin kena tunggu berapa bulan ye?
Okay tq 😊
Booster wajib utk yang dpt vaksin sinovac sebelum ni. Saya baru lepas amik booster 20weeks. Alhamdulillah okay
Anonymous