czer baby songsang

hi mummies.nak tanya pengalaman czer mcm mana.baby sy songsang 36w5d lusa doc check kalau still songsang terus nak czer keesokkan hari. saya jadi takut sangat. nak try pusing tak boleh sbb air ketuban banyak n baby besar.ni anak first. dengar orang kata czer sakit, any tips atau kata semangat? #firstmom

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

jangan risau, awak. kalau dah namanya bersalin pun, czer ke normal ke memang sakit. sebab dia proses untuk keluarkan baby tu kan ☺ saya dulu patutnya bersalin normal. tapi sebab bukaan lambat sangat & contraction terlalu kuat sampai 4 jam lebih, terus kena emergency czer. bagi saya lah kan, saya lagi suka czer sebab lagi senang nak jaga. kalau nak berjalan pun boleh je jalan macam biasa. tak perlu risau kalau bawah terkoyak ke apa ke. kalau sembelit tu lagi lah. masa saya kena sembelit dulu, sampai menangis-nangis sebab lama sangat nak keluarkan najis tu. tak sakit pun masa nak meneran tapi sebab lama najis tu nak keluar, sampai menggigil kaki saya. sambil terfikir "ni kalau aku beranak normal, lagi sakit agaknya". lagipun kan awak, kalau awak kena czer nanti, awak kena banyak berjalan tau after 12 jam lepas bedah tu. tu yang saya amalkan lah. saya ulang alik pergi tandas, pergi sinki. dah balik rumah pun saya berjalan lagi sekeliling rumah. husband suruh saya rehat tapi saya memang kena banyak berjalan sebab nak elak darah beku. tapi kena careful lah. jalan slow slow sebab luka tu sakit lagi kan. alhamdulillah dalam minggu kedua lepas bersalin tu, luka saya dah tak sakit langsung insyaAllah puan kuat semangat ya nanti ☺ jangan risau-risau sangat. setiap apa yang berlaku ni mesti ada hikmah dia

Baca lagi
1y ago

terima kasih

saya emergency czer anak first. mmg tak ready mental pun nak kena belah. sakit tu ikut badan mungkin. ramai org keliling kata masa czer kita sedar tapi tak sakit. tapi saya terasa sakit jadi terus dipengsankan so tak sedar apa sampai baby dah keluar 😂 tapi lepas tu diberi ubat tahan sakit jadi kurang la. cuma, bila nak terbatuk, tergelak mmg akan ngilu sikit huhu. penjagaan selepas czer ni penting untuk bagi kurang rasa ngilu. ambil ubat lembutkan najis sbb nak meneran pun nnt susah. dua minggu pertama tu mmg agak struggle. tapi lepas tu ok je. kena bykkan berjalan untuk luka sembuh. InshaAllah semuanya nanti akan ok, asalkan baby dan mommy sihat ye

Baca lagi
1y ago

tulah nak readykan mental tu mcm susah sangat rasa.lagi lagi anak first, macam macam fikir. tapi bila fikir balik takut jadi ape ape kt baby

elektif czer x sakit dengan emergency czer 2 keadaan yg berbeza sis...mcm sis elektif czer so xsakit sebb time tu Kite dh tau Kite kne czer,cuma selepas czer je kne kuat kan mental sis, sebb takut alahan pada ubat bius so takut sis jadi batuk, so Saya sarankn sis standby bantal untk tampung perut sis bg elakkan tekanan di perut, batuk or gelak xboleh kuat2 so kne sopan2 gitu😅..mntak suami belikan vitamin c 1000mg bg luka cepat kering..lepas kluar dri bilik ot dh boleh makn vitamin c tu...bangunpn sis kne mengereng slow2 bangun...jgn risau sis insyaallah semua akan dipermudahkan..

Baca lagi

Sy pun bby songsang..tp doktor bg tarikh ngam2 38minggu..rabu depan☺️jgn fikir sakit tu sis.kna fikir nk jumpa baby jaaa

1y ago

Sakit selepas ja sis,,inshaaAllah sis boleh😊😊jaga ja luka elok2