6 Balas

boleh refer item no. 5. penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Soalan: "Prof Imelda, semasa hamil ada pantang-larangnya ke?" Jawapannya: Ada. Mai chek nak habaq, inilah nasihat dari Prof Imelda, apa yang ibu hamil tak boleh ambil: 1) Minuman beralkohol, tidak kira apa jenis, walaupun kandungan alkohol yang hanya sedikit, termasuklah tapai dan tapai pulut. Alkohol boleh menyebabkan keguguran, kecacatan pembentukan janin dan kerosakan otak janin, walaupun ia hanya sedikit dan tidak memabukkan ibu hamil. 2) Jangan merokok, vape, hisap ganja, penyalahgunaan dadah sebab ini boleh memudaratkan kesihatan ibu hamil dan janin di dalam kandungan. Elakkan menyedut asap rokok yang dihembus keluar oleh orang lain, iaitu secondhand smoke. 3) Makanan atau minuman yang ibu hamil sendiri ada allergy atau alahan. 4) Ubat tahan sakit yang mengandungi NSAIDs seperti aspirin berdos biasa 300mg (tetapi aspirin berdos rendah 75mg hingga 150mg seperti cardiprin adalah selamat), ibuprofen, voltaren, sodium valproate, ponstan, mefenamic acid, naproxen, nurofen, salicylic acid, salicylate, diclofenac, indomethacin, sebab ini boleh mengganggu kesihatan buah pinggang janin di dalam kandungan dan boleh mengurangkan air ketuban. 5) Elak ubat sapu atau minyak sapu yang memanaskan badan sebab ini juga mengandungi methyl-salicylate iaitu salah satu ubat NSADs, seperti di dalam tiger balm, deep heat, minyak angin. Bila digunakan, ia boleh menyerap masuk ke dalam kulit ke dalam darah. Bila digunakan sedikit saja mungkin tidak memudaratkan tetapi lebih baik elakkannya. 6) Untuk penjagaan kulit atau skincare, jika ia adakah skin scrub atau skrub kulit yang mengandungi salicylic acid atau salicylate, elakkannya. Jika ia di dalam bentuk pencuci muka tanpa scrub, boleh digunakan jika berdos kecil, iaitu kurang dari 2%. Jika anda tidak pasti apakah dos salicylate di dalam pencuci muka atau krim muka, lebih baik elakkan mana-mana yang ada bahan ini. 7) Ubat-ubatan yang dibeli sendiri tanpa nasihat doktor. Jangan beli ubat-ubat sendiri. Datang berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang ubat-ubatan semasa hamil. 8)Produk-produk, jus-jus, yang dijual oleh penjual-penjual dengan tuntutan overclaim memutihkan kulit baby di dalam kandungan, menaikkan darah merah Hb, menghilangkan alahan, menghilangkan jerawat, memberi tenaga, mengawal kencing manis, mengurangkan keputihan, memberi tenaga dan pelbagai-bagai jenis overclaim untuk kesihatan ibu mengandung. Jangan terpedaya dengan produk overclaim mengarut-ngarut. 9) Produk penjagaan kulit (skincare) yang memutihkan kulit atau melambatkan penuaan kulit yang mengandungi merkuri. Ini ialah bahan terlarang yang boleh meresap ke dalam darah dan boleh memudaratkan kesihatan ibu dan merosakkan pembentukan otak janin. Sila baca label apakah bahan kandungannya. Jika ada perkataan seperti mercurous chloride, calomel, mercuric, mercurio, mercury, jangan gunakan produk kulit ini. Jika produk skincare memutihkan kulit atau anti-ageing yang dijual itu tiada label apakah bahan kandungannya maka janganlah beli. 10) Elakkan ikan laut dalam besar-besar yang tinggi pencemaran mercuri seperti ikan jerung (shark), ikan todak (swordfish), ikan marlin, ikan king mackerel, ikan barramundi, ikan tuna besar seperti bluefin tuna, bigeye tuna. Sebabnya ialah ikan besar-besar ini hidup dengan lebih lama di laut dalam dan boleh mengumpul pencemaran merkuri di dalam badan. Makanlah ikan-ikan kecil yang lebih selamat seperti udang, sotong, ketam, salmon, ikan bilis, ikan kembung, ikan selayang, ikan keli, ikan siakap, ikan tilapia, ikan sungai dan sebagainya. 11) Telur mentah, ikan mentah, ayam mentah, daging mentah dan susu mentah. Elakkan ayam atau telur mentah atau separuh masak untuk mencegah keracunan salmonella. Elakkan daging tak masak betul untuk mencegah jangkitan toxoplasma. Elakkan ikan tidak dimasak termasuk sushi atau oyster mentah untuk mengelakkan keracunan makanan. Elakkan susu kambing mentah atau susu lembu mentah yang baru diperah jika tidak dimasak sehingga mendidih untuk mengelakkan jangkitan Listeria, Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. Coli dan Salmonella. 12) Jangan ambil vitamin A berdos tinggi sebab ini boleh menyebabkan kecacatan pembentukan janin. Ini termasuklah ubat jerawat seperti retinoic acid. Jangan ambil multivitamin suplimen yang bukan dirumuskan untuk kehamilan. Multivitamin suplimen biasa, ada yang mengandungi dos Vitamin A yang terlalu tinggi maka lebih selamat tukar ke multivitamin yang dibuat khusus untuk wanita hamil. Elakkan memakan hati lembu, sebab ini juga tinggi dengan vitamin A. Orang Eropah suka makan pate yang diperbuat dari hati lembu, maka saya nasihatkan elakkan ini semasa hamil juga. 13) Elakkan megadose Vitamin C (2000mg Vitamin C sehari ke atas ialah overdos atau megados) atau apa-apa supplement tambahan berlebihan yang anda tidak perlu tanpa nasihat doktor. 14) Elakkan pengambilan caffeine melebihi 200mg sehari, sebab ini boleh menyebabkan keguguran dan masalah pembesaran janin. Caffeine boleh didapati di di dalam kopi, teh, koko, cokelat. 15) Jangan ‘makan untuk DUA’ atau makan berlebihan, sebab berat badan anda boleh naik dengan mendadak semasa hamil dan boleh meningkatkan risiko diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi semasa hamil, janin menjadi terlalu besar atau bahu tersangkut semasa kelahiran bayi (shoulder dystocia). 16) Elakkan ais yang dibuat dari air tidak bersih atau air paip yang tidak dimasak atau air paip yang tidak ditapis. Lebih baik jangan minum ais dari gerai tepi jalan termasuk ais kacang, dan ambil ais yang anda pasti dibuat oleh air bersih atau dibuat sendiri. 17) Elakkan makanan tidak sihat seperti makanan tinggi gula, tinggi garam, tinggi pengawet, makanan berproses, jajan, air manis penuh gula. 18) Ramai juga bertanya tentang pewarnaan rambut semasa hamil. Tidak ada cukup data dari kajian perubatan untuk membuktikan ia memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan, tetapi nasihat yang terbaik ialah elakkannya pada 3 bulan pertama kehamilan sebab inilah masanya organ-organ janin membentuk. Tak payahlah pantang buah-buahan segar semulajadi yang berkhasiat dan ada kebaikan serat buah. Jangan takut makan buah nenas, minum air kelapa, air tebu, buah betik, buah durian, buah tembikai selagi anda tiada allergy atau alahan dan anda bersederhana. Tak payahlah pantang minum air sejuk berais selagi anda gunakan ais yang diperbuat dari air bersih dan bukan air manis yang tinggi kandungan gula berproses. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Professor (Clinical) KPJ Healthcare University Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

most wc😊❤️

mungkin awak gastrik walaupun makan muntah.. saya dari awal mengandung sakit perut alahan muntah teruk la sampai buka buku pink 8weeks.. then sy jumpa doktor bagitahu pasal sakit perut.. doktor bagi ubat gastrik n ubat alahan muntah.. lepas makan ubat, saya tak sakit perut n kurang.. ada selera boleh makan minum.. cuma doktor pesan tak boleh makan pedas n masam2.. saya tak boleh makan yang goreng2 takut muntah.. saya makan mi sup, mi rebus, sup sayur, nasi putih sikit n buah2.. makan sikit2.. lepas 1 atau 2 jam, makan lgi sikit2.. lama2 ad selera mkn bnyk nti.. sekarang sy 14weeks makan banyak hanya muntah sekali je waktu malam.. kadang2 xmuntah walaupun mkn bnyk.. pasal letak minyak angin kat perut atas, kena tanya doktor dulu.. saya tak berani letak minyak angin kt perut sebab bahaya kena kat baby.. better elakkan.. mintak ubat dengan doktor kk..

sy tanya doctor, doctor cakap pakai minyak angin boleh je sis. takda kajian lagi yg cakap dia bahaya kalau sapu. and takda effect pon kat baby sbb lapisan kulit kita tebal and kita just sapu kat luar bukan makan.

saya sakit perut bukan nak membuang , kadang tgh tido tiba² sakit . ke sb saya menggeliat tk igt dunia 😅

X digalakkan. Sakit perut cuba pergi clinic tgk apa dr advise. Sbb sakit perut masa pregnant ni macam2 petanda. Semoga dipermudahkan

baik puan . tq

Jangan letak minyak angin atau panas kt perut.

bab minyak panas ni better jgn la,

baik . time kasih puan

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan