7 Balas
saya tak tahu yg mana buat hb sy naik dari 10.4 - 11.7 tp dalam masa 1w saya duk amal minum Calla Milk, ada jgk makan bayam goreng sikit, kerang bakar 3 biji je😅, pastu jambu sebiji, ambik pati delima and telan Sangobion baru 2 hari sebelum tarikh checkup tu. terkejut jugak boleh naik secepat tu so taktahu yg mana satu yg buat hb sy naik mendadak. mungkin sebab total2 semua yg sy telan tu bantu naikkan lagi hb. sekarang ni lepas checkup, sy amal je mcm biasa apa yg sy makan dan telan mana tahu rezeki hb naik lagi. InshaAllah
kalau saya , hb akan naik bila makan buah oren (sehari 1 biji),kurma sehari 1 biji. makan ubat masa dh nak tido sbb masa tu perut kosong. kalau minum susu, saya akan minum pagi2. ubat saya makan malam, bila dh nak tido. Tapi tu saya punya practice.
kalu sy xbole telan ubt tmbh drh .sbb semua sy jd muntah byk sgt 😭 mcm² usaha dh cuba
Try pati delima gulsan. Beli yg tanpa gula. Kalau rajin boleh beli buah delima dan buat jus sendiri. Amalkan setiap hari. Makan juga bayam, kerang dan hati ayam. Cuma hati ayam jgn la makan setiap hari.
Hi sis, sy pun tak boleh telan 4 sekawan tu, zincofer pun tak boleh. Skrg sy mkn maltofer. Beli kat farmasi. Yg tu je boleh telan. Perisa coklat, awk kemam je.
awak makan makanan tambah darah. selain tu, awak kena makan ubat dari kk tu. cara makan ubat pun kena betul.
cuba awk makan sangobion. banyak sy baca review, mmg cpt HB naik.
kuat tak bau darah dia sis
Anonymous