Baby umur sebulan tak pandai latch
Hi mommy! Saya df + susu fm anak sekarang sebab sincr first day dia lahir, dia memang terus minum susu fm, saya kena warded sebab bleeding so tak boleh susukan dia 2 hari yang pertama tu. Lepas pada tu, saya sua je breast dia tanak hisap langsung, but i keep on trying. Sekarang anak saya dia pandai hisap tapi dia hisap nipple je, nipple saya sampai crack then dia macam tak puas. Terpaksa bagi susu fm, baru dia kenyang 😭 Nipple saya jenis inverted sebab tu makan masa anak nak kenal nipple dan aerola saya luas. Kadang saya confuse, bila df dia, saya nampak dia telan tapi dia still tak puas lepas df, saya df dalam 15 - 20 mins, lepas pada tu mesti dia meronta ronta 😭 bila pump, susu keluar tak sampai 1 oz pun. Dah buat power pumping, pump 2 jam sekali pun still sama hasil dia. Bila marmet, susu pancut pancut keluar. Ada tak sesiapa yang pernah ada kat situasi saya ni? Kalau ada lactation counselor area ipoh, boleh share contact kat saya #advicepls #firstmom #firstbaby #advicepls