36 Balas
nak hamil mmg boleh. cuma awak kena bertanya pada diri awak. awak dah bersedia atau tak? mental dan fizikal awak betul2 dah ready ka? sekarang mungkin awak belom nampak sebab baby masih kecil dn belom boleh buat apa2 lagi. bila kandungan awak makin sarat, baby 1st dah makin besar dan banyak ragam nya. dengan awak nak handle baby 1st pastu bawak perut lagi. takut awak penat. dan bila dh bersalin pula nnt. risau awak akan stress, burn out, rasa nak marah dan paling takut boleh jadi depression kalau tak boleh nak handle both baby. sebab both baby nk perhatian awak. dengan awak tak cukup tido. tu tak kira kalau baby jenis high demand. nak sentiasa awak ada. sy bercakap berdasarkan situasi sbnr. adik sy anak 3. walaupon gap anak2 dia setahun ++. tapi still nmpk dia penat, tak cukup rest. rasa nak marah. nmpk la yg dia burn out. dlm rumah mmg pithcing suara tinggi la😅. anak2 dia masing2 ada ragam tersendiri. paling manja anak 1st dia. kita yg tengok pon kdg stress skali. alhamdulillah dia dpt husband yg membantu. tp mcm puan yg komen dkt awak la. husband bantu macam mana pon, yg hadap semua masih kita.
bab side effect sy x berani ckp. sbb stiap pregnancy tu lain2 xkn sama. klau first sume normal blum tntu 2nd pun sama. cuma kesian la dkt anak x dpt full attention plg kurg setahun dr mak dia. x smpai setahun dah ade adik tp yg first pun masih kira baby lg sbnrnya. mak cik sy first n 2nd baby sume okay cuma dua2 czer. ttbe tgh preggy 3rd baby pdhal anak 2nd baru 6 bulan, baru ni tibe2 platelet darah drop kaw2 masa gi checkup kk trus kena gi hosp. plus bdn pun sbnrnya x fully ready lg utk next baby wpun kita rasa okay je. rasanya sume org mostly akan nk tambah anak cuma doc suruh gap tu sbb biar ibu n anak sedia ada fully ready mental n physical. tp klau sis nak jugak terpulang pd sis. sy assume mgkin sis mampu mental physical n kewangan pun okay. plus mgkin sis pantang berjaga betul ambik CL smpai 44 hari ke n mampu treatment sana sini. n ade maid or suami tolong fully house chores sume. n x bekerja ke ape. if sis okay, proceed je la. sbb sis je yg tahu sis mampu ke tak. moga dipermudahkan
Fikir baik2 sis. Anak baru nak membesar. Panjang lagi perjalanan anak tu. Ambil pengalaman besarkan anak sedia ada dulu, baru fikir tambah lain. Saya walaupun berstatus mampu dari segi kewangan serta kesihatan, tapi bila fikir tambah anak, saya surrender buat masa skrg. Fokus pada anak dan masa depan dia. Sekarang zaman mencabar. Anak perlukan perhatian dan kasih sayang kita. Kita as parents harus bijak merancang keluarga, pentingkan kesihatan mental dan jasmani dulu. Insurance anak, sakit anak, makan minum anak, perkembangan anak. Kita kena perhatikan semua ni. Kalau saya, saya nasihatkn tunggu la beberapa tahun lagi untuk ada baby. Jangan jadikan benda ni sebagai pertandingan. Akhirnya kita yang binasa. Anak yang terluka. Pastikan persediaan mental, fizikan, dan kewangan mencukupi. Kalau setakat cukup2 makan, pakai perancang keluarga. Tak hina pun kalau baru ada anak satu. Kita lebih tahu situasi keluarga kita.
Merata rata comments & bg opinion negative. Macam ni je, kalau si ibu yang bertanya nii rasa tak seronok nak handle anak, dia pun fobia nak beranak. Kalau sang ibu ni ada masalah kewangan, dia pun dah takda nak fikir tambah sorang lagi. Manatahu, husband dia sediakan CL buat si ibu ni, masalah kewangan mmg stable, insurance anak pun ada, beranak dkt hospital swasta, husband sediakan maid dkt rumah.. So mommies, journey kita berbeza beza ya. If ibu itu nk anak jarak dekat, we support them as long as ibu tersebut dah bersedia. Tak perlu kita nak pertikaikan pendidikan anak, insurance anak & etc etc. Ibu yang bertanya ni semestinya dah tahu mana yang terbaik! Buat si ibu, takda side effects apa apa pun if beranak normal. Minta doa bebanyak ok mommy! ❤️
jangan dlu sis , mmg best tp bdn kita perlu masa nk pulih . akk sy anak bru 8 bln pregnant smula pun kene mrh dgn doc . sbbnya masa pregnant dia tkde alahan langusng , takde masalah sgt so sbb tu dia nk bby cpt2 . bila dia berslin anak masih kecik . ngam pulak yg bby tu mlm tido kejap je, yg sulung pulak nk ibu jee tknk ayahnya, dia hampir meroyan sis sbb terlalu penat , tak ckup tido walaupun suami bantu dia jaga anak . menangis smpai bengkak mata sbb terlalu penat . mmg masa anak dia bby lagi dia nk anak no 2 jarak dekat tp lepas bersalin . mental koyak . kalau boleh biarlah yg bby tu besar sikit . nt sis jgk sng . bdn pun tak terlalu penat , tak strss .
Kalau puan masih sihat, muda dan bertenaga. Puan rasa semuanya okey boleh kawal emosi dan sentiasa berfikiran positif walau apa jua keadaan. Tak ada salahnya. Kakak ipar saya pun jarak anak setahun sekali je berderet 4 orang. Waktu tu umur dia baru 21. 24 tahun dah 4 orang anak. anak ke 5 dan ke 6 baru dia dapat jarakkan 2 tahun sekali. Alhamdulillah okey saya tengok. Mungkin sebab abang saya mainkan peranan bantu jaga yang lain. Kakak ipar saya bukan suri rumah. Abang dan kakak saya bekerja cikgu. Lepas yang ke 6 tu baru dia ikat sebab mak saya nasihat besarkan 6 orang tu dulu. Alhamdulillah anak dia yang sulung dah masuk USM tahun lepas. inshaaAllah menyusul yang lain pula nanti.
alamakk 1st time sy dengar org seronok mengandung lepas pantang. tu benda yg saya paling nak elakkan. 😂 tahniah ya sis. lau sy lepas besalin seriau lagi nak besalin sbb byk cabaran perlu ditempuh selama 9 bulan. kalau anak pertama mudah, jgn fikir anak kedua dan seterusnya sama cmtu. lain kandungan lain cabarannya. walaupun bersalin mudah tapi kena juga fikir kesihatan diri sendiri utk jangka masa panjang, bukan setakat seronok bersalin dpt tgok muka anak. anak tu perlu dijaga. at least dlm tempoh setahun pertama perlu dipantau sepenuhnya. baby pun belum puas bermanja dgn kita dah ada baby baru. mmg kena kuat dan ready mental fizikal ye sis. moga dipermudahkan semuanya. ❤️
Saya sekarang baby baru 4 bulan , pregnant pulak .. tapi kesilapan saya sbb terlupaa makan perancang hanya 2 hari je .. hati ni masih takot , dengan pengalaman waktu bersalin , nak hadap dengan alah , dengan anak 1st baru nak membesar .. letih , anak 1st pulak jenis badan debab , usung nak pergi mandi , totaly semua saya kena buad sbb suami kerja , bilaa diaa balik kerja je baru diaa boleh tolong , letihh sangat .. emosi memang kena kuat .. tapi saya redhaa , allah sebaik2 perancang .. so enjoy jelaa .. allah bagi rezeki awal .. mulaa2 tak bersedia . Tapi dapat semangat dari family alhamdulillah , sekarang dah ok sikit ..
Kita samalah, skrg pun sy tgh tggu masa nk bersalin anak 2nd lps ni dah plan pulak nk sambung yg 3rd cepat2 😅 nk cepat2 preggy blk lps dh branak sbb rasa seronok pulak pregnant. Branak pun seronok, berpantang seronok....lain org lain pemgalaman terpulang kpd individu tu masing2 kalau x mampu xpayah mana yg mampu buat je cpt2 x kisah. Rezeki masing2, kalau ada kemampuan upah nanny & upah CL, suami membantu dlm semua perkara tempoh berpantang kita mmg fully self healing je. Badan pun cpt segar, cergas bertenaga balik. Gudluck sis💪💪💪💪
Itu u ye susahkan anak2. Xdpt jaga xpayah branak, my kids task are only to study not to do all the task at home. Sorry lah ye kalau x mampu jgn buat, buat sorang je sudah kalau xdpt jugak nk handle xpayah branak lah ye. Simple nnt kan habis anak2 didik suruh buat kje itu ini jaga adik2. I sokong tuan bdn yg posting n comment ni, xsalah pun kalau mampu. Kalau rasa susah sgt xmampu nk tanggung semua permasalahan dr pregnant sampai ke beranak xpayah la buat anak. Benda mudah buat apa nk susahkan, it's ur choice masa depan dan kehidupan kita sendiri yg pilih, kita yg pilih jln yg indah, indah lah kita dpt if u pilih jln ya susah itulah u dpt. So do not comment la kalau u rasa xdpt nk bagi komitmen pada anak2. I'm also a working mom + persuing my PhD and also hv 2 kids and a preggy mami skrg but ok je boleh handle everything not a fulltime housewife pun. It's depend on u kena pandai bagi masa sendiri, semuanya bergantung pada mentality u, I say u can't ini susah itu susah ini xdpt itu xdpt
nasihat saya sebagai ibu yang dah beranak pinak selang setahun ni. jarakkann sikit. at least baby setahun setengah ke. tapi kalau rasa mental dan emosi teguh, pandai urus emosi, penyabar, ada sokongan kuat dari pelbagai segi dan orang sekeliling. teruskan la.. awak rancang hidup awak sendiri 😃 btw, dari segi pengalaman. anak first dgn second saya paling rapat, abang 4 bulan.. adik dah dalam perut.. bersalin si adik abang baru setahun sebulan..tak dirancang, tapi tula sebab takda ilmu.. alhamdulillah, Allah permudah urusan.. ikut tahun, abang dah 8 tahun, adik 6 tahun sekarang.
bunga.matahari