Saya tiada pengalaman elective czer. Saya emergency czer. 😁
Check list ke hospital, saya dah siapkan bulan ke-5 hamil.
bulan ke-6 dah masukkan keperluan ke dlm beg hospital.
Checklist:
1. Tenangkan diri.
2. Maafkan orang lain dan jumpa ibu bapa, adik beradik. Mak abah saya dah meninggal, jadi saya call dan mesej makcik2 saya, jumpa mak tiri , mak mertua.
Segan pula nak call pakcik , haha. Minta maaf dgn mereka semua.
3. Sedekah
4. Redha dgn apa jua ketentuan Allah.
5. Elakkan stress
6. Maafkam suami dan minta maaf dgnnya.
7. Buat wasiat kalau boleh sebab kita ni 'berjihad' , belum tahu hidup atau mati semasa bersalin.
8. Beg hospital (ni panjang sangat, search lah apa2 yg patut
9. Kena tahu ilmu penjagaan bayi, mententeramkan bayi dan menidurkan bayi, penyusuan bayi supaya tak blur, tak panik bagai.
10. Terima kasih dgn team OT, saya mampu bercakap walaupun pening2, tanya berat baby, tanya jam berapa, thanks to team OT dan wish them all the best siap buat thumb up.
11. Baca taawuz semasa proses bersalin, bila burse bagi tengok baby mohon perlindungan Allah ,mudahan anak dilindungi drpd gangguan syaitan dan lain2 doa.
12. Sebab hospital tempat saya bersalin ialah Hospital Rakan Bayi, nurse bagi anak saya susu pertama sebelum anak di bawa ke SCN wad. Moment yg indah. Ada juga yg tak dapat moment tu, boleh minta ya. Kita hak utk buat begitu. Kecuali keadaan tak mengizinkan.
13. Ingatkan diri supya terus bertenang menghadapi new life dan enjoy the moment.
🤲🌻
Baca lagi