Berat badan menurun di bulan puasa

Hi mommies. Sesiapa di sini pernah mengalami masalah berat badan menurun dalam 1 ke 2 kg di bulan puasa? Ada sebarang cadangan untuk tingkatkan berat sebab saya sudah cuba minum susu beberapa gelas dalam tempoh berbuka hingga sahur dan makan secukupnya tapi berat makin turun, terutama selepas buang air. Risau bayi turut tidak membesar #12weeks ##pleasehelp

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Normal. Even yg tak hamil pun turun berat badan. Tak tau nak buat apa dah. 😄 Seeloknya, puan buat pemeriksaan dgn doktor. Jika betul tumbesaran bayi tak ok, Islam mengharuskan ibu hamil yg risaukan kandungan utk berbuka puasa. Nanti ganti puasa dan bayar fidyah.

Hi sis. Cuba cek dulu dengan doctor baby membesar dengan baik / tak. If baby dalam kandungan ok, tak jadi masalah pun. Ada kwn 38w pun perut kecik je tapi doc ckp tak ape sbb baby dlm kandungan sihat je dpt makanan n nutrisi yg ckup.

update: saya ada buat ultrasound hari ni dan alhamdulillah baby membesar seiring dengan usia. terima kasih ibu2 atas replies anda. semoga baby2 kita sihat InsyaAllah

Saya turun 5kg taktau macam mana nak bagi naik balik sebab takdak selera makan dengan muntah