GDM Second Trimester

Hi mommies sekalian! Boleh bagi motivasi tak kat sy yg sangkut GDM awal second trimester ni? Sy rasa stress sangat sampai rasa takut nak makan.. kadang2 tu rasa nak skip je makan sbb takut bacaan naik.. sekarang still on diet control tapi bacaan pun selalu jugak 7 lepas 2 jam makan dinner.. pagi sebelum bfast pun bacaan 5 lebih.. tahu kena suku suku separuh tapi cepat lapar lepastuu.. kita pulak bekerja masuk ofis hari2 jenuh nak cari makanan sekejap2.. dah la jauh lagi perjalanan pregnancy ni.. seronok je tengok orang lain enjoy makan craving2 masa pregnant.. kita ni diet macam time nak kahwin dulu2 sedih sangat rasa huhu jangan kecam please #firstmom #bantusharing

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

GDM (Gestational Diabetes Mellitus) pada trimester kedua kehamilan memang boleh menimbulkan cabaran dan kebimbangan. Tetapi, sebaiknya anda tidak perlu rasa stress. Amalkanlah diet yang seimbang, berdasarkan nasihat dari pakar kesihatan dan doktor anda. Jangan lupakan bahawa kesihatan anda dan bayi dalam kandungan adalah penting. Pastikan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam secukupnya, kontrol pemakanan, dan berbincang dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan sokongan dan panduan yang sewajarnya. Ingatlah, anda buat untuk kesihatan dan kebahagiaan anak anda. Jangan risau, anda bukan seorang diri dalam cabaran ini, ramai juga ibu yang berkongsi pengalaman yang sama. Semoga segala urusan kehamilan anda berjalan lancar dan sihat sejahtera. #mommysupport #staystrong https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

sama la kita sis. saya pon baru je sangkut gdm baru² ni. sekarang dah sec trimester, 18weeks. result bacaan lepas minum air gula aritu tak la lari jauh sgt terlebih 1 je dari bacaan normal. saya pon at first rasa stress macam sis n susah nak terima. tapi bila fikir balik, saya dah lama ttc hampir 3tahun jadi kenapa saya nak mengeluh dengan ujian kecil kali ni. saya patut jadi lebih kuat. saya anggap ni semua cara tuhan nak kuatkan semangat saya. stay positif n nurse pon ade pesan supaya jangan stress², ramai lagi yg hadap sangkut gdm ni. saya doakan sis kuat n d permudahkan segala urusan 😉

Baca lagi

sy masa anak 1st dan sekarang 3rd ada gdm on dc. kena buat bsp 2 minggu sekali. minggu pertama sy makan je semua apa yg sy nak termasuk yg manis² yg mana sy terlalu craving. minggu ni je sy akan makan sedap² 😂 masuk minggu ke 2 sampai sehari sebelum bsp baru sy slow down kembali ke pangkal jalan. portion makan tetap sama. sis makan je apa yg sis nak. kalau terlalu control pun tak boleh sebab bila terlalu lapar dan tak makan nnt bacaan lg tinggi. sis jangan stress² ya 😊

Baca lagi

sy dulu pn sgkut gdm..hari² biasa sy makan je apa sy nak...sehari sblm test 4x tuu baru sy kawal sementara .(contoh kne check isnin,mula dari ahad baru sy elakkan makanan manis².air pn minum lemon kosong & air putih je) 😅 Alhamdulillah ok je..cuma kalau dah sangkut gdm ni,mmg terpaksa la berkorban sikit sampai dkt bersalin asyik kena g klinik je utk check gula 4x tu😅 enjoy je sis..stress² pn xelok utk baby..

Baca lagi