susu badan jernih

hi mommies saya nak tanya saya baru sahaja melahirkan anak first 3 hari lepas and saya guna susu badan sahaja dari hari pertama sampai harini tapi masa hari first dan keluar dia berak skrg dh tk berak dh lepas discharge dri hospital. Saya punya susu dia warna jernih bila pam hanya dapat dalam 5 titik je even dh lama pam. patut ke saya bagi anak minum susu formula dahulu tapi still cuba untuk susu badan? sbb kesian mcm tak kenyang sbb tk kencing & berak. #pleasehelp #firstmom #bantusharing

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau sis risau blh bagi susu formula dulu. Rajin2 marmet. saya pun anak sulung lahir prem 35 minggu. Dah 12 hari. 2 hri ptama dia kena tahan kat SCN, minum susu nurse bagi dalam cup. Balik rumah tu, dia tak reti nak menyusu dada/puting saya pendek. Terpaksa bagi formula. Lepas 2 hari sy try bagi susu badan. Dia minum wlaupun struggle sgt nak latch dan kerap tertidur sbb bby prem. Tapi berat baby still tak naik wlaupun dah 8 hari. Berak pun sikit. Pastu check kuning makin naik. Lagi2 dia high risk sbb sy darah O dan lahir prem. Sy start pam susu. Try 3 jenis botol susu baru jumpa yg dia tak tolak. Start dri situ sy mmg bagi susu pam je. Susu setiap 2 jam, berak dalam 4-5 kali sehari. Saya plan nak direct feed balik lepas dah hilang kuning, so sekali sekala sy bagi direct feed jgk takut dia taknak dah direct sebab terbiasa dgn botol.

Baca lagi