12 Balas

Sis awal2 mmg macam tu. Saya sama macam sis takde knowledge pasal ni. Hari kedua warded baby kena tahan sbb kuning so saya balik sorang2 then saya try pump susu sbb nak hantar kat hospital. Susu tak kluar langsung saya menangis stress . Tapi nasib baby kena tahan sehari je . Lepastu baru lah saya tahu kita kena directfeed baby baru lah susu kluar. Sbb ada ransangan. Now baby dah 1month saya mmg bagi directfeed je baru rasa puas susukan baby. Awal2 ni kena bagi baby directfeed lama lama. Nanti susu sis tu banyak ikut demand baby. Saya mmg x pump dari dulu kalau bengkak ke apa saya mmg marmet je and susu lagi pekat . Position & latching baby pun kena betul tau. Dulu saya kerap nipple crack sbb latching tak betul now alhamdulillah dah xde nipple crack ke apa nak bagi baby bf pun senang hati. Pump yg paling terbaik is mulut baby kita so better directfeed . Awal awal ni agak mencabar lagi2 firstime mom. Selamat berpantang & goodluck sis

Kalau sis risau blh bagi susu formula dulu. Rajin2 marmet. saya pun anak sulung lahir prem 35 minggu. Dah 12 hari. 2 hri ptama dia kena tahan kat SCN, minum susu nurse bagi dalam cup. Balik rumah tu, dia tak reti nak menyusu dada/puting saya pendek. Terpaksa bagi formula. Lepas 2 hari sy try bagi susu badan. Dia minum wlaupun struggle sgt nak latch dan kerap tertidur sbb bby prem. Tapi berat baby still tak naik wlaupun dah 8 hari. Berak pun sikit. Pastu check kuning makin naik. Lagi2 dia high risk sbb sy darah O dan lahir prem. Sy start pam susu. Try 3 jenis botol susu baru jumpa yg dia tak tolak. Start dri situ sy mmg bagi susu pam je. Susu setiap 2 jam, berak dalam 4-5 kali sehari. Saya plan nak direct feed balik lepas dah hilang kuning, so sekali sekala sy bagi direct feed jgk takut dia taknak dah direct sebab terbiasa dgn botol.

mommy ada dengan baby sentiasa kan? nasihat dr pengalaman saya, mommy jgn la pam, pam tempoh lama lagi bahaya, senang kena clogged duct nanti sakit sangat tau, boleh demam.. if breastfeeding mcm anak saya dah 1tahun pun sekarang ni 2oz je dia sekali minum.. susu ibu dgn susu formula lain tau takleh samakan. mommy cek cara susukan baby mcm mana, pegang baby selesa tak, nipple masuk mulut dia mcm mana, lacth elok tak, cek jugak kot dia ada tongue tie. saya dulu mcm awak jgk, stress masa tu. brp klinik pergi mesti doktor pesan, awak jgn sedih, jgn stress, minum air 0 banyak, terutama time nak menyusu tu kena happy je baru susu akan keluar. enjoy the breastfeeding journey 🤗🤗🤗. cuba je bf tau.. penat kalau pam, nk basuh parts pam,botol2, bekas2, nk sterilize semua. senang bf sua je😂tp jd ibu tetap kena berkorban

ni susu saya pam masa anak 5hari, 1oz lebih je dua2 belah 20min pam. susu tak banyak tapi yang dapat bengkak susu je selalu.. sbb tak betul cara pam.. mommy gi cari ilmu berkenaan bf dulu, kat ig ada tt ada fb ada

baby directfeed tak? susu diawal kelahiran bayi kita mmg tak banyak. kita panggil colostrum. susu tu hanya ada 3-7hari selepas kelahiran bayi. susu tu paling berharga yg protect imunisasi badan bayi kita. sbb tu kita tak digalakkan utk pump awal2 ni. susu tu ada cuma dia akan melekat pada corong pump awak. kalau awak dpt beberapa ml tu dh kira cukup utk size perut bayi 3hari.

jangan stress awak. stress akan buat susu makin kurang. if awak penat, kurang rehat pon sama. cuba awak share cara awak pump? berapa kerap awak pump?

teruskan penyusuan. lama2 akn bnyk ikut demand bby. mula2 mmg cair sis. MCM sy Dulu Pam masa dlm pantang, brapa titik awal mmg cair. lpastu pekat. smpailah skrg bby dah setahun lebih ni supply Susu alhamdulillah Masih ok. lgi satu usia bby awk pun bru brapa hari.. takkan Sama Pam dgn bby hisap.. jgn stress..

TapFluencer

Sis kalau pam memang susu slightly cair. Sy EP mom memang marmet je baru nampak susu tu pekat. Kalau kat luar no choice sy guna pam mmg boleh beza susu cair sikit. Jangan putus asa keep on feeding the baby☺️. Nanti lama2 inshaallah susu banyak.

Sya anak dh dua pon mcm tu sis air susu jernih sy topup dngn susu formula tpi jng putus asa keep bgi susu badan cuma selang selikn laaa klu bole bgi susu badan dulu tgok klu bby still meragam xkenyang bru topup formula

Normal je sis bby yg umur 0-6 bulan akn kerap berak dlm sehari 1-8 kali bergantung sistem percernaan bby tpi kena tgok la warna najis dia mcm mana kdg bby lps susu akan berak

kalau x kencing x berak yes u kena topup susu fm. at the same time keep on bagi susu bdn. awk bagi susu bdn dulu. bila baby still meragam bru bagi susu fm.

bf mcm biasa. newborn xperlukn susu yg byk, cukup dgn apa yg keluar. susu awal ialah kolestrum, nanti akn berubah ke hindmilk n formilk

TapFluencer

Hi. Permulaan memang jernih. Cuba berurut. Ia membantu melancarkan keluar susu badan juga.

Soalan popular

Artikel Berkaitan