12 Balas

Buka buku antenatal di Klinik Kesihatan (KK) atau di klinik swasta adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan dengan teliti. Anda boleh memilih untuk membuka buku di kedua-dua tempat atau membuat keputusan antara satu tempat sahaja berdasarkan pertimbangan seperti peruntukan kewangan, perkhidmatan yang disediakan, lokasi, dan sebagainya. Jika anda telah mendapat nasihat daripada doktor di hospital swasta, anda boleh mempertimbangkan untuk membuka buku antenatal di hospital yang sama untuk kesinambungan perubatan. Walau bagaimanapun, buka buku di KK juga merupakan pilihan yang baik kerana ia biasanya percuma dan menyediakan perkhidmatan antenatal yang berkualiti. Sebagai ibu yang bakal melahirkan anak pertama, penting untuk membuat keputusan yang terbaik berdasarkan keperluan dan keselesaan anda. Anda boleh mendapatkan pendapat dari ibu-ibu lain di forum komuniti untuk mendapatkan pandangan dan pengalaman mereka sebelum membuat keputusan akhir. Sekiranya anda masih tidak pasti untuk memilih antara KK atau swasta, anda boleh pertimbangkan untuk membuka buku di kedua-dua tempat terlebih dahulu untuk mendapat khidmat yang berbeza dan membuat perbandingan sebelum membuat keputusan akhir. Semoga anda berjaya dalam memilih tempat untuk membuka buku antenatal yang sesuai dengan keperluan anda. #firstmom #bantusharing https://invl.io/cll7hzz

Kalau private specialist hospital facilities dia complete which dia takkan tolak u ke gov if something happens. Depends, if money is never issue boleh opt for swasta. Selesa, jimat masa & mood happy je cos layanan O&G & nurse tiptop. I fully check up private hospital & very details. Tiap bulan jumpa O&G yg kita pilih & scan. Kk tak scan tiap bulan & tak jumpa doctor selalu. And nak bersalin gov pun no issue. Boleh try dulu pergi your nearest kk, kalau service okay then proceed cos ada kk mmg service terbaik. Kk saya service veryyyy bad. Kerusi menunggu tak cukup for all preggy moms so kita kena berdiri sampai 2 jam even dah dtg 7am. Kalau tanya nurse takda extra chair ke dia ckp semua pun pregnant so diri jela nanti senang beranak. Abah kau la kita ni nk pitam dah sampai bersila kt tepi2 dinding. Then let say bulan ni doctor A kata A, next 3 months doctor B kata B & ckp doctor haritu tak pakar so jgn dgr ckp dia. Gaduh plak 🤣 Baru2 ni kk saya viral kt tiktok sbb bad service, mmg padan laa

Terpulang pada awak. Kalau awak tak bekerja, nak bukak dua2 pun boleh sebab takde commitment kerja. Kalau awak bekerja, susah sikit nak commit sebab jadi double checkup dan AL kita akan terusik. Lepas tu double checkup ni penat bila kita kerja. Pengalaman saya la. If I were you, saya proceed je dengan swasta sebab OBGYN dah ada rekod saya. Plus akan lebih terjaga. Ni kalau saya la. Apa2 pun bincang la dengan suami awak.

both swasta or gov pun boleh. kalau bukak buku dkt swasta waiting time dia xlama mcm kk. stiap kali checkup mybe akan berbeza harga include scan etc smua. tp kalau kk, slalunyaa checkup dia lbh details. byr pun rm1 je. kalau ada apa2 masalah, doc blh refer terus ke pakar. kalau sye jd sis, sye pilih gov . pakar pun banyak. hihi

tak sis, sye free je 😂. kdg2 ada je kk yg kne byr rm1 untk 1st nk bukak buku.

nak buka both pun boleh. tak ada masalah. pada saya better buka kat kk sebab lebih details. bayar rm1 je utk mula² daftar lepas tu next² checkup dah tak perlu bayar. pakar pun ramai. tapi kalau swasta yg sis pergi ni lengkap dan dapat terima kes ok la 😊 semuanya bergantung pada kewangan dan keselesaan yg sis prefer. terpulang pada sis 😊

Awak beranak swasta ke gov ke mana mana buku pink pun boleh digunakan. Saya bukak 2 buku pink. Satu swasta, satu KK. Beza dia bukak di KK free. Bukak di swasta every visit kena bayar. Tu je. Its just that kalau time nak deliver ada complication, awak kena tolak ke gov jugak. You choose which one is the best for you.

sy bukak dkt swasta sbb sy kerja cuti tak tentu lagi satu best swasta sbb bley scan tiap kali checkup 😁 so xdela risau sgt masa first pregnant dlu buka dkt kk nk scan tu tggu time dr ada je last2 air ketuban sy kurang nseb masa tu sy scan dkt klinik luar hritu jgk kena refer hospital .

better kk.. klu mak/kndungn ade masalah kesihatan snang trus refer pakar di hospital gov.. nant nk bsalin tpulang la nk pilih yg mne.. tp kdg2 private tolak kes2 yg ade masalah kesihatan..

saya mula² nak decide buka kat swasta tapi better KK sebab diorg boleh bagi details lebih. tapi time nak beranak tu, kita try tanya boleh ke nak bersalin kat swasta.

Kk kerajaan.. Biasalah klo nak buat buku.. Kena sabar tunggu hari dan cekup. Klo swasta.. Harga mahal

Soalan popular

Artikel Berkaitan