16 Balas
Awak boleh datang sekarang ke KK terdekat, bagitau nak booking date untuk buka buku pink. Masuk je KK, bgitau nak booking. Nanti nurse bagi date, dgn appointment card. Awak kena datang sekarang, sebab ramai booking. Saya datang isnin lepas, lepas raya baru dapat date. Masatu dah 9 minggu. Tapi nurse cakap takpe, yang penting sebelum 12 minggu. Kalau 12minggu maksudnya late booking. Masa dah dapat date tu, utk buku pink kali pertama sediakan phostat IC suami isteri, sijil nikah, bil api air. Kalau kali kedua, bawak buku pink sebelum ni, dgn dokumen diatas jelah rasanya. Bil api air tak perlu melainkan alamat baru. Kalau call mmg tak angkat awak. Saya pun dah try. All the best mommy, take care💗✨
sebelom mggu ke12.. biase org buat 10-12w gitu kalau dah ade history keguguran awal sikit kot.. yg ni xpasti.. tp kalau dah kes awk col kk xangkat.. mcm sy aritu terus aje walk in KK terdekat.. sbb tepun nye rosak.. p bawak je sesiap dokumen2 yg diperlukan ic.. surat nikah atau kad kawen.. suami.. kalau kebetulan zon area awk dia mgkin akan proceed je.. sbb lain tmpt lain caranya.. yg penting walk in je.. tny sesiap senang
Lepas dapat tahu pregnant terus g KK, ingat tarikh akhir period (1st day last period), nanti nurse kasik appointment, saya 8 weeks daa boleh buat buku, bawak salinan ic kite dan pasangan, salinan sijil nikah, bil air/elektrik. tapi tu based on tempat kot… now baru weeks 6 😁… tapi pastikan KK tu memang dekat dengan tempat kite.. 😊, semoga ibu” kat sini dipermudahkan urusan yaa…
Boleh buat sebelum 12 minggu sis. Kalau ada masalah kesihatan lain, lagi cepat lagi bagus sebenarnya. Sebab doc boleh pantau dari awal. Jadi sebelum 12 minggu tu pun dah boleh buat. Saya haritu buat awal. Call je KK tempat saya dia bagi tarikh untuk datang buat buku pink. Kalau nak walk in pun boleh rasanya. Tengok pada KK tempat sis tu macam mana prosedurnya. 🌹
sye dtg kk masa 11 minggu. tapi nurse bagi tarikh baru sebab ramai. 15 minggu baru dapat buka buku pink. sepatutnya 11 minggu tu dah boleh buka buku tapi disebabkan scan baby nampak kecil 2 minggu dari usia. better awak dtg booking skrg, nanti nurse bagi list dokumen yg nak kena bawa
Kalau kk tak angkat call try pergi je terus n nanti dia minta details pastu dia bagi tarikh lain untuk dtg first appointment. Saya call kk time 9minggu tapi first appointment 11minggu time tu. kira belum terlambat lagi la
Walk in je awk tanya, sbb skang mmg kena booking, once booking, dia akan masuk dlm sistem diorang.. mcm sy 11 minggu buat.. kene bawa sijil nikah ori & 2 copy sijil nikah. itu jer..
walk in ke kk. mintak tarikh buka buku. sy skrg 6 weeks. dapat tarikh buka buku waktu 11 weeks. tu paling cepat. tarikh lain penuh. better pegi booking awal.
Buat pengesahan kehamilan .. kalau boleh ada gambar scan bby.. lepas tu jgn lupa bil air ke elektrik ke bawa sekali, sijil nikah . Ic suami isteri bawk copy sekali..
Dh buat pengesahan kehamilan di klinik swasta? Klu sudah boleh walk in ke kk bdekatan utk book appointment. Kdg2 nurse sibuk smpai xangkat telefon.
9w dh boleh scan kat klinik swasta.
Anonymous