7 Balas
Sebenarnya islam mewajibkan kita puasa tak kira hamil atau tak. Kalau saya, saya akan cuba puasa. Tapi sahur tak boleh tinggal dan buka ontime. Tapi kalau tak larat atau risaukan kandungan boleh je berbuka. 1st trim biasanya org tak boleh puasa sbb mabuk hamil yg kalau tak makan lagi akan memudaratkan ibu n kandungan. Tapi kalau awak rasa awak boleh dan okay je kalau nak puasa boleh teruskan.
saya 12 week harini cuba puasa alhamdulillah setakat ni semua baik baik je. tapi kalau awak ada alahan dan muntah lebih baik takyah puasa. kalau nak try boleh tapi kalau tak larat kita berbuka yg penting kita dah cuba. doktor pun cakap boleh puasa sebab puasa ni tak memudaratkan baby. insyaallah semoga dipermudahkan
mkn folic acid time sahur ke berbuka ya awk
Saya skrg 9weeks, tapi doktor nasihat tak perlu puasa, sebab risau kandungan tak develop dengan baik, sebab masih dalam fasa first trimester, dapatkan nasihat doktor dulu kalau boleh, sebab setiap orang berbeza
Betul. doc sy pun cakap benda yang sama. 1st tri mmg tgh develop pembesaran dia. masa hamil boleh berpuasa tapi kalau tak memudaratkan & kalau kandungan dah masuk 7 8 bulan mcm tu, baby dah besar. mcm kita baru 1st tri ni better kalau tak mampu, buka je puasa. nanti ganti balik. tak ada masalah pun :)
puasa tu wajib sis, tak kira lah mengandung atau tak, Klau tak larat,boleh ganti tahun depat puasa,sia.. insyaallah, saya pun mengandung, baru 1st trimester juga, insyaallah sis.
saya baru 11w , hari nie tgh cuba puasa tgk mcm mana, stakat nie okey lagi. doktor pun ckp boleh puasa tpi klau x larat terus berbuka jgn paksa . good luck mommies
saya tanya Dr hari tu boleh ke puasa kalau 1st tri ni. Dr kata tak ada masalah pon, puasa ni bagus. baby dapat je nutrien walaupon kita berpuasa.
betul. sy pon baru 10 minggu ni. tp time sahur & berbuka kena makan makanan yg berkhasiat la. minum air cukup, baru baby cukup nutrien hehe
sy tak puasa sbb alahan teruk.. apa2 pun tak masuk.. pa lg kalau besahur nk paksa makan tu mmg tak leh masuk. 😔
takpe mommy, saya pun sama macam tu. nanti kita ganti puasa ya. yang penting kandungan sihat ♥️
Anonymous