23 Balas
sis google brand sweet cherry, mamakiddies stroller. tengok model yg mana sis berkenan. ada yg bawah rm500. then sis google location yg berdekatan dgn sis, walk in kedai & beli. klo xada yg dekat, nak order online pon boleh. baca review dulu. klo tak biasa survey online, mmg kena walk in mana2 kedai baby yg ada jual stroller suruh seller explain mana yg bagus. bagitau sekali bajet sis. mcm sy dulu pergi baby expo beli. cari yg stroller compact, mudah lipat & nak buka. mmg seller tunjuk demo sekali. brand stroller tu nama smart pro. diskaun pon ada time tu.
Nak beli stroller bukan tengok bentuk. Tengok pada safety, specifications dan kita nak fungsi macam mana. Saya beli brand PREGO jenis Adonis sbb berat mampu saya angkat; 5kg, dan muat dlm bonet kereta saya, boleh letak anak hingga berat 20kg. Boleh baringkan 180° dan tegakkannya hingga 75° dan 2 way facing handle. Masa tu sale dpt harga RM199. 00. Masih elok pakai setakat 8 bulan ni. Beli masa anak sebulan sbb anak semangat orangnya.
better gi kedai and test. ada baby tak suka duduk stroller. kat aeon jusco banyak je harga bawah 500. macam baby saya, dia nak duduk dalam baby carrier je. tiap kali letak dalam stroller menangis macam kena pukul. make sure jugak stroller tu support untuk badan baby bawah 6 bulan. kebanyakan stroller untuk 6 bulan ke atas.
ni cadangan saja ya sbb sy dah beli. sy beli Donna sbb 2 in 1, boleh lipat jadi car seat + buka jadi stroller, dan saiz yg kck, x mkn space dlm kereta, tp Donna Malaysia punya murah kt shopee rm650 blh dpt, tp berbaloi sbb kegunaan utk 2 perkara, sy pun x mampu sgt tp byr guna shopee paylater boleh byr 3kali
beli yg secondhand je. saya beli dekat carousell yg secondhand. owner baru pakai 1-2 kali jual half price. harga asal rm600 saya dapat rm300. kena pandai survey dekat carousell. kalau rasa tak pasti nak pilih jenis mana dan brand apa, boleh try survey dekat kedai dulu lepastu cari je dekat carousell.
Sy beli jenama sweet cherry , dapat car seat dengan stroller dia letak rm 450 nego dapat rm 380 , ada org nak let go sy tengok dekat fb , cepat2 grab . Alhamdulillah condition tip top. Second hand pun okey Tapi kena tengok condition barang jugak la kan hehehe
kalau rase nk jimat bleh beli yg second sis... sy pon penjual stroller second.. paling mahal 60... alhamdulillah semua da habis dijual... sy jual yg brand2 like new... mcm combi,sweetcherry,chicco... hepi bile tgok parent memilih mase menjual tu... semoga urusan sis dipermudahkan ...
pengalaman sy bli stroller. jenama fify rm450. kira mahal bagi sy.. baby selesa pakai TAPI..... sangat menyusahkan sbab susah nak lipat n buka.. tiap kli nak buka susah. nak lipat pun susah... last2 tak dipakai sebab susah nak handle seorg.
Saya cadang beli jenis cabin size & mudah lipat dengan skali hayun je. Senang nak masuk bonet & tak makan space. Kita pun tak rasa leceh nak bawa kemana mana. Bawah RM300 boleh dapat. Tak pun boleh cari yg preloved.
ade yg murah jgak ikut jnis/brand.. bley tgk kt aeon kdg2 sale hrga rm100 lebih murah dr kdai2 brangn byi..
Ya setuju, beli masa sake hujung tahun, harga murah
Abbi Sayang