Puasa 1st Trimester

Mommies, saya dah masuk 11 weeks. Macam mana nak determine larat puasa atau tak ya? Doktor dan husband dah cakap kalau tak larat, tak perlu puasa. Saya ada gerd, bloated agak teruk masa 1st trimester ni. Selalu muntah angin or acid. Alhamdulillah saya boleh puasa seminggu awal tapi saya dah mula muntah apa saya makan, apa saje saya minum. Saya skip puasa 2 hari untuk recover dengan ubat doktor bagi tapi lepas tu ada hari yang perut memulas, angin banyak sangat, sampai sakit pinggang & kepala. #Needadvice #11week #puasa2025

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

keadaan badan org lain2. kalau awk teruk sgt alahan, muntahkan balik apa yg dimakan masa sahur, blh jd mudarat juga pd badan awk. kalau x mampu, berbuka je. pstu esok nya cuba pula. makan sekadarnya, bykkan protein n fiber. sy kalau makan nasi, auto rasa nk muntah, kembang tekak

simptom puan lg teruk dr sy. better jgn paksa diri. sy dpt puasa 3hari je. pukul 7 -8am dh start nk pitam. bila penat, auto nk pitam. Dr tak galakkan puasa sbb sy kerja sbg pengasuh. kalau jd apa² kt sy, siapa nk tgk anak². risiko kt diri sy, baby dan juga anak org lain sama.

1mo ago

Oh puan sebab kerja dengan anak2, saya kerja dipejabat, kalau sibuk tu memang lupa makan. Setakat ni memang cuba dulu bangun sahur, tak larat baru berbuka.

sama sis saya pun 11w skrg. cara saya nak tau larat ke tak puasa, bila start muntah2. saya selalu pesan kat baby kalau lapar, suh je ibu muntah 🤣 ada hari dia orait, ada hari mmg muntah. so berbuka je la. yg penting baby sihat2 je kat dalam 😁

1mo ago

Sama la sis, saya sekarang ni hari-hari tetap bangun sahur, make sure sahur juga. Kalau dah mula muntah-muntah, tak sedap badan, baru saya berbuka. Takde la saya terus decide taknak puasa.

family, kawan2 yang jadi moms and husband saya semua cakap jangan puasa sebab baby perlu makan 🥺 jangan paksa diri okay, ingat baby je. don’t worry, nanti boleh ganti puasa ✨

1mo ago

Baru je baca, doktor cakap asalkan sahur dan berbuka makan lengkap cukup nutrisi, insyaAllah boleh je baby cukup nutrien. Kena cuba bangun sahur & puasa, kalau betul tak larat baru berbuka.

VIP Member

sy puasa 3hari je.. selebihnye xlarat. xlarat sbb sy telan zincofer... zincofer klo x cukup air dlm dlm boleh buat kite nk pitam berpeluh lagi2 kerja sy bnyk berdiri

kenapa nak puasa? sdgkan ibu mengandung tk diwajibkan berpuasa. anak tgh perlukan nutrition yg cukup. bnyk kes gugur sbb puasa time tm1. cuba fikir elok kedepan.

1mo ago

Itu la, tapi tak boleh juga nak cakap tak wajib sebab tetap wajib puasa cuma diberi keringanan kalau tak larat atau risau anak dalam perut. Saya puasa sebab “rasa larat”, jadi saya teruskan. Cuma keliru dengan simptom gerd atau memang alahan masa mengandung.

Betul suami sis ckp tu. Tak larat sangat, tak yah lah puasa. Boleh ganti nanti

1mo ago

Itu la, setakat ni memang cuba juga mana yang larat. Terima kasih.