Hi mommies. Saya 4 hari lepas ada masukkan ubat keputihan dekat vagina. Malam tadi saya rasa nak terkencing, lepastu ada lah mencangkung ambil barang jatuh, tiba2 saya terkencing sambil berdiri, nak ckp non-stop pun ia juga, macam tak tertahan2 nak kencing. Lepastu dalam 10 minit mcm tu jadi lagi. Bila tidur malam, saya asyik terkencing je dlm seluar dlm pukul 1, 3, 4 ke 5 pagi mcm tu. Saya perasan baby mcm tak active sangat, maybe baby active cuma nya sbb perut saya tebal, saya tak rasa anak kicking & gerak selalu. Husband cakap saya terkencing, sbb berbau kencing. Saya pula takut air ketuban yg keluar. Tp perut saya tak sakit. Rasa biasa je, cuma risau kenapa terkencing & baby kurang active.