Selalu tiada selera makan & tiada keinginan untuk makan semasa kandungan 7 minggu

Hi mommies! Ni second pregnancy saya, first pregnancy gugur masa 6 minggu. Pregnant kali ni lemau lembik sangat and tak rasa nak makan langsung. Keinginan nak makan tu takda. Perut selalu bloated & kentut je lately ni. Pergi scan nampak kantung je, isi dalam & jantung tak nampak lagi. Doct nasihat makan makanan berkhasiat and sihat sihat nak bagi baby besar dgn sihat. Nak tanya boleh ke ambil susu tambahan seawal kandungan 7 minggu? And kalau boleh, Boleh tak mommies suggest supplement atau susu yang okay untuk pregnancy? Susu yg tak manis kurang gula & tak muak. Thank you so much #firstbaby #pleasehelp #seriusnanya

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Normal tu sis. 7 minggu tu baby kecik lg n belum ada heartbeat lg. Lg 2- 3 minggu insha Allah kalau awak pergi scan boleh nampak baby dan baby dah ada heartbeat. Boleh ambil susu freshmilk biasa atau untuk susu ibu mengandung. Awak boleh try n error susu apa yg okay. Masa sy preggy sy boleh minum susu enfamama vanilla tu saja. Yg lain x masuk lg2 dutch lady fresh milk tu. Sebelum preggy jarang minum susu, minum pun susu coklat. Tp bila preggy, susu coklat tu buat sy jd mual. So awak boleh try susu apa yg sesuai dgn tekak. Folic acid jgn lupa. Kena ambik sebiji sekali untuk pembesaran otak dan tulang belakang baby. Supplement lain sy x pasti. Vit c boleh juga mkn lg2 musim Covid19 nie kn.

Baca lagi

try susu kambing. susu higoat ke.. makan banyak buah buahan tau. nak bagi isi tenaga balik. makan sikit sikit jangan sekali harung