Hi, mommy π Saya takde pengalaman bersalin di hospital kerajaan. Tapi first pregnancy saya was GBS+ 1) Cukup ada salah satu tanda terus pergi PAC di hospital. Jangan tunggu semua tanda baru nak pergi sebab rawatan untuk GBS+ mom ialah antibiotic drip before labor. Jadi kalau awak lambat pergi, high chance untuk awak bersalin tanpa antibiotic drip. Antibiotic drip ni yang menghalang kuman GBS transmit to baby semasa vaginal brith. 2) Bergantung pada situasi semasa. Kalau awak tak sempat dapat antibiotic, ya baby akan kena tahan wad untuk pantauan. Doktor akan on antibiotic untuk baby. Tapi kalau awak sempat dapat antibiotic before labor, InshaAllah tak kena tahan. Pengalaman saya, anak tak kena tahan wad. Alhamdulillah kami discharged sekali. Tanda saya masa tu leaking air ketuban saiz 10 sen. No blood show, no contraction, baby movement okay. Terus saya pergi hospital. Bila check dah 4cm. Terus admit labor room untuk pantauan dan dapat antibiotic drip. Awak nak info lanjut, boleh tanya doktor masa checkup. Tanya apa prosedur bersalin untuk GBS+, apa tanda2 yang perlu take note, anything yang awak nak tahu terus tanya. InshaAllah lagi jelas maklumat yang awak dapat.
Anonymous