Normal tak anak harini baru masuk umur 1 tahun 5 bulan tapi tak banyak words?
Hi mommies! Nak tanya yang berpengalaman. Saya ada anak umur 1 tahun 5 bulan, harini baru masuk (1/4). Soalan saya, anak saya tak berapa banyak perkataan yang dia bercakap. Hanya papa, mama, ni, ayam, muah, baby etc. Faham arahan. Kenal semua yang saya tanya dia contoh macam 'mana mata? Mana hidung? Mana rambut' etc. Tapi bila kita bercakap dengan dia, sebut perkataan tu satu-satu macam 'ba-ju, ka-sut' dia tak ikut dan lebih kepada bahasa alien. Nak dibandingkan dengan anak buah (anak abang ipar) 1 tahun 6 bulan dah banyak words dia bercakap. Bila balik rumah mertua tu rasa macam down sikit sebab anak mereka pandai berkata-kata berbanding anak saya. Normal ke tak normal untuk anak umur ni? Bantu saya beri pandangan ibu-ibu sekalian. Terima kasih. 🥰 #bantusharing #SeriusTanya #bantujawab