Salam semua, Untuk NT scan, anda boleh buat di hospital-hospital kerajaan seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, atau Hospital Shah Alam di Selangor. Di KL pula, anda boleh pergi ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM atau Hospital Pantai Cheras. Biasanya caj untuk NT scan bergantung kepada hospital dan juga sama ada anda buat di sektor swasta atau kerajaan. Untuk sektor kerajaan, cajnya mungkin lebih murah berbanding sektor swasta. Anda boleh hubungi hospital yang dipilih untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai caj NT scan. Semoga perkongsian ini membantu anda semua. Terima kasih! 😄 https://invl.io/cll6sd8
Buat dkt sonobee sis, murah ada softcopy video masa scan sekali. Sis try cari dlm google “sonobee” dlm website tu boleh cari klinik2 area yang kita nak tu. Harga bawah rm100, video tu sekejap je tau, kalau rasa nak puas hati, rekod video pakai phone sendiri ye.
Awak buat dekat procare medical centre. Doktor situ baik sgt. Layanan pun bagus, tak rushing2 explain detail. Awak nak tanya apa2 pun dia jawab lemah lembut je, harga pun murah. Kalau kita ada apa2 pertanyaan pasal pregnancy pun boleh tanya dorang melalui whatsapp
mana2 klinik yg ada buat 2d scan, mesti ada nt scan sekali. klinik area sy rm90