Diet tanpa susu drop
mommies, mcm mana nak turunkan berat badan tapi dlm masa yg sama tak nak bagi susu drop ye. bukan nak kurus ye, tapi hanya nak turunkan sikit sbb skg terasa badan berat.

It’s possible ya sis kuruskan badan masa menyusu tanpa bagi susu drop. Sekarang saya tgh mengalaminya. Yang penting gali ilmu penyusuan sebaik mungkin ya sis. Syarat dia suku suku separuh. Calorie intake tak lebih dari keperluan sehari. Skrg byk calculator online kalau nak kira betul2. Kalau tak suku suku separuh. Lebihkan fiber dan protein. Snacking low calorie mcm buah yg kurang GI Index dia. Dan kekacang mcm almond. Sbb confirm akan lapar punya lepas menyusu. Jgn ambil langsung minuman manis. Dessert kalau boleh elakkan. Mee spagetti saya tak ambil langsung sbb again, limit calorie and mee semua tu tinggi carbo so dpt makan sikit tak berbaloi baik makan nasi 😂. Saya amalkan tu sampai sekarang dan Susu saya maintain dan berat turun 12kg lebih dari pregnancy weight. Kalau susu haritu kurang sebab saya kurang makan / penat / tak ikut jadual pam sahaja. Lepas sy buat semua tu balik susu kembali seperti biasa. Cuba lah sis inshaAllah awk boleh kurangkan berat.
Baca lagi