24w baby still kecik lagi, so nak monitor movement tu agak payah sebab pergerakan baby tu halus je. yang penting kita tau kita dah jaga diri kita dan kandungan sebaik mungkin, inshallah semua baik baik sahaja.
tak disarankan untuk dengar jantung baby guna doppler. sebabnya jantung baby tu ada certain cara dan tempat sahaja yang kita boleh dengar. kadang nurse kat KK yang kira jantung baby pakai doppler pun amik masa yang lama, apatah lagi kita yang orang awam bukan nurse yang takde pengalaman ni. ada kes ibu mengandung ni, dia rasa baby kurang aktif, gerakan tak cukup 10, so dia guna doppler untuk dengar degup jantung, and yes dia dengar, so dia pikir baby okay la kan. tapi actually degup jantung yang dia dengar tu, degup jantung dia sendiri, bukan baby.
sy pun masa pregnant 9 bulan sebelum ni, pergi checkup dekat klinik desa je. sy scan baby kat klinik swasta pun 2x je, first untuk confirm pregnancy, second buat detail scan + 5d.
Fatin Nabihah