7 Balas

saya alhamdulillah setakat ni puasa penuh. saya sahur betul-betul lebihkan protein. minum air secukupnya dalam tempoh lepas berbuka sehingga sahur. siang saya tidur bila penat. saya tiada alahan. cuma cepat penat dan mengah. kerja rumah pun saya buat mana mampu. lain tu suami saya uruskan. sebab saya ada anak melasak umur 3 tahun. ikut apa saya baca, kita kena cuba niat dan puasa dulu. lepas tu kalau tak ok dan mudarat, baru buka puasa. puasa ganti dan bayar fidyah atau tidak pun berbeza ikut sama ada kita risau diri kita sahaja atau risau anak sekali. please discuss dengan doktor. sebab doktor lebih tahu kondisi sis. #11weekspregnant

puasa mana yang mampu je sis , mcm sy dh 13weeks pun risau nak puasa , alahan sy pun kurang , cuma sy klau tak makan mmg muntah² + cirit birit , then kalau lapar , bawah perut terasa cramp semacam , paling tak best badan menggigil je . bila pergi klinik air kurang dlm badan terus admit wad , so ikut kemampuan awak sis . kalau badan dah lain better berbuka je 😊

TapFluencer

Kalau awak mampu, puasa la. Tapi sampai dah gastrik tu baik buka je. Sebab untuk kebaikan baby. Tapi niat demi kesihatan baby. Sebab usually trim first, orang tak galakkan puasa. Macam saya, saya time preg baru ada gastrik. Even saya sahur pun start tghari dah gastrik , nak muntah. Sampai kadang tu rasa lemah sgt. Jadi saya buka demi baby

saya pon alahan kurang, tapi haritu try puasa satu hari. Esoknya badan saya sangat lemah muntah2. Ibu tak bagi puasa untuk first trimester sebab kita perlu cukup nutrition. Lagipon saya hb low, memang tak berani nak berpuasa risau keadaan baby. Tapi kalau badan awak okay je, insyaAllah boleh. Nanti consult dengan dr

Saya haritu sampai jumpa dr, sebb pagi je muntah, makan apa pun muntah, saya minggu ni da 14 weeks. Dr ckp jgn puasa risau kurang air dalam badan. Bila mummy muntah, zat n khasiat pun kurang. Jadi tk digalakkan.

sy pun 10week juga..alhamdulillah..berpuasa penuh..lapar tu ada la dtg kejap je..even loya x kadang2 dtg, still gagahkan diri berpuasa..insyaallah x da pape yg memudaratkan..

puasa wajib sis. niat and sahur mcm biasa. tapi buat sampai mampu je. kalau x mampu boleh buka

wajib niat and sahur mcm biasa dulu. x mampu boleh buka. siap3 je bwk bekal dari rumah. mampu sampai pukul berapa tu ikut awak punya kemampuan lah.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan