Kira pergerakan baby

Hi mommies hari saya genap 29w. Semalam baru settle appointment utk 28w dan start hari ni saya dh kena kira pergerakan baby. Persoalan saya, dekat buku pink tu tulis yg masa pergerakan baby 9am-9pm (12jam). Tapi boleh ke klu start awal dlm jam 7am atau 8am? Sebab baby saya awal pagi dh aktif dan smlm saya dh tnya nurse saya, dia ckp boleh asalkan dlm tempoh 12 jam atau kurang 12 jam kena cukupkan 10 pergerakan. Tapi saya tengok majority ibu ibu start 9am 😅 dan pergerakan baby tu pulak selang berapa minit? Timing tu tak boleh selang terlalu dekat kan? Maksudnya klu 7am start, lps tu baby ada tendang lagi 7:05am. Seeloknya jarakkan 15-30minit ya ? #firstbaby #firstmom #bantusharing jangan kecam saya, komen yg murni murni sahaja. Tq semua

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun baru kena kira gerakkan baby. Ikut kata nurse saya. Memang akan start pukul 9am. Sebab all mothers normally pukul 9 dah bangun, dah aktif buat kerja. Saya akan kira daripada pukul 9 am walaupun baby pagi pagi dah aktif. Tujuan check pergerakkan baby, sebab kita nak monitor baby dan tengok pattern gerakkan baby macam mana. Jadi dari awal sehingga bersalin, kiraan akan start dari pukul 9am supaya lebih accurate. Kiraan baby tu pula bergantung. Contoh, pukul 9.10am rasa baby tendang beberapa kali, itu dikira 1kali gerakkan. Selang beberapa minit, dalam 15 minit, ada beberapa gerakkan lagi, tu dikira pergerakkan ke 2. Selang lagi 10 minit, ada beberapa gerakkan lagi, tu dikira gerakkan ke 3. Setiap gerakkan tu mesti lah kita rasa sedikit kuat, bukan gerakkan rasa jentik jentik macam tu. Kalau gerakkan halus sangat tu tidak dikira. Ini apa yang nurse saya ajar dekat saya. Tapi walaupun dah cukup gerakkan, masih kena monitor pergerakkn baby. Dalam 2jam, mesti ada 10 pergerakkan. Kalau tak pasti, boleh minta nurse ajarkan semula.

Baca lagi