Ruam di pipi
Hi mommies.. Boleh cadangkan mcm mana nak rawat ruam pipi yg basah mcm ni? Saya ada letak aqueous cream yg doc bg masa check 2 bulan hari tu. Tapi masa tu ruam dia jenis kering, lepas sapu 2-3 hari dah ok. Skrg baby saya dah 4 bulan dan naik ruam baru. Mula2 dia kering so saya sapu aqueous cream la sbb masih byk lg. Tapi tak berkesan pulak kali ni. Saya pun ada cuba sapukan cetaphil advance protecting cream. Ruam yg kat tangan dah makin pulih. Tapi yg kat pipi ni je yg degil jadi makin basah pulak. Lebih2 lg klu pipi dia bergesel dgn baju. Boleh tak klu saya tampalkan pipi dia dgn kapas supaya tak bergesel? #bantusharing #firstbaby #1stimemom
Mom of a soleh son