Baby selsema

Hi mommies, anak saya nak masuk 11bulan, sekarang demam + selsema. apa yg saya perasan, hidung dia mcm tersumbat & hingus dia meleleh keluar tapi bila sedut tak ada pun hingusnyaa . apa yg saya perlu buat lagi ya ? kesian tengok dia nak menyusu pun susah #SeriusTanya #bantusharing

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi mommies, Bila anak demam dan selsema, memang kasihan tengok mereka tak selesa, lebih-lebih lagi bila hidung tersumbat. Saya faham perasaan awak. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk membantu anak berasa lebih selesa: 1. **Gunakan Penyedut Hingus (Nasal Aspirator)**: Walaupun kadang-kadang susah nak keluarkan hingus dengan penyedut, cuba gunakan sekali lagi dengan perlahan. Pastikan alat tersebut bersih sebelum digunakan. 2. **Titisan Saline**: Titisan garam saline boleh membantu mencairkan hingus dalam hidung anak yang tersumbat. Boleh didapati di farmasi. Titiskan beberapa titis ke dalam lubang hidung dan kemudian sedut keluar hingus menggunakan penyedut hingus. 3. **Mandian Air Suam**: Mandikan anak dengan air suam. Wap dari mandian air suam boleh membantu melonggarkan hingus dan buatkan mereka berasa lebih selesa. 4. **Humidifier**: Menggunakan humidifier dalam bilik anak boleh membantu menambah kelembapan udara dan melegakan hidung tersumbat. 5. **Posisi Tidur**: Tinggikan sedikit kepala anak semasa tidur. Ini boleh membantu mengurangkan hidung tersumbat dan membuatkan mereka bernafas dengan lebih baik. 6. **Pam Susu Ibu**: Jika anak susah menyusu kerana hidung tersumbat, mungkin boleh pam susu ibu dan beri minum dengan botol atau cawan. Boleh pertimbangkan untuk menggunakan [pam susu ibu ini](https://invl.io/cll785h) sebagai cadangan. Kalau simptom berterusan atau anak nampak makin teruk, segera bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Semoga anak cepat sembuh ya! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

anak sy baru ja baik dari batuk selesma..umur 4 bulan..sy guna sterimar dan penyedut hingus. mandian dia sy buat air bawang putih..rebus bawang putih tu dgn herba mandian baby..lps mandi sapu minyak aow dekat dada,belakang,betis,tapak kaki. kerap buat percussion.

baby saya 7bulan demam selsema saya bawa jumpa doktor. doktor bg sterimar utk buang hingus baby. utk demam saya just letak coolfever saja. klau was was, mommy boleh dpt nasihat doktor, hehe.

ank sy sebulan lebih selsema batok on off...sampai masok hos..dh keluar hos di bersin keluar biji tasbih...lpstu dia ok dh...cuba awk cek hidung dia kat hos...

bru je bby sy bwt neb dgn sedut kahak bulan lps..demam kahak slesma jgk .sterimer dgn alat sedut pn da xmmbntu..kahak hingus sangkut skli sedut bnyk btl dpt

baby dh ok ke. spray hidung dengan sterimar nanti okay la tu. elok sangat pakai tu untuk hidung tersumbat nanti hingus pun cair

3mo ago

aah sis, sye guna sterimar tu & sapukan mnyk telon dkt tapak kaki n blakang badan. masih selsema lagi tp nmpk mcm ok sikit drpd smlam. td dia bersin keluar hingus pekat tu .

ni based on pnglmn ank selsema..sy mndikan ank dgn air suam + lemon. lps mndi sy buat tepuk percussion.

3mo ago

minyak apa sis ? kalau mintak telon boleh ke ?

Sye masih menggunakan Kunyit hidup sapu kat batang hidung lps tu bila mandi mmg mandikan ngan air lemon

sy kalau anak selsema teruk sy bwk gi klinik untuk sedut kahak..lepastu alhamdulillah ok sikit

Amek nap dekat klinik sis n ubat selsema