Breastfeed
Hi Mommies, anak saya dah 20 hari. Prolonged Jaundice. Saya try df anak, dia menyusu 15-20mins, kdg oernah 30 mins then tertidur. Tapi tak sampai 10mins dia dah bangun and mintak susu, cycle goes on. So baby mcm tidur tak cukup. Is it bcs baby tak kenyang ??? sebab tu dia senang terjaga. Lepas bagi formula terus dia tido lena. Also baby minum enfalac, tapi seminggu ni dia jarang berak. Sehari sekali dan kadang2 dua hari sekali baru berak. Normal ke? Saya risau jaundice tak turun sebab dia cuka kencing banyak tapi tak berak.

saya faham situasi awak, anak anak saya semua prolonged jaundice sebab lahir awal dari edd mereka. df dalam jangka masa sekejap untuk newborn adalah normal, ia dinamakan “cluster feeding”. baby menyusu sekejap sekejap, lepastu dia cepat lapar. kita mommies memang akan rasa burnout sedikit menyusu badan terutama pada fasa awal kelahiran baby. 1. kenapa baby cepat lapar padahal perut dia kecil je sebesar buah ceri ? sebab susu badan senang sangat nak digest oleh baby. sedangkan susu formula lebih susah nak di digest sebab tu dia nampak macam kenyang lama sikit dan tidur lebih lama berbanding susu badan. 2. kenapa baby ada sikap “cluster feeding” ? sebab baby nak membantu ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu badan. bila susu cepat dikosongkan, ia memberi signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu dalam jangka masa pendek. 3. kenapa baby susu badan tak kerap berak ? sebab baby menyerap nutrients yang ada dalam susu badan si ibu. baby yang menyusu badan maximum tak berak 14 hari ya. 4. kenapa dia dah kenyang menyusu banyak tapi nak susu lagi dalan jangka masa pendek ? kadang baby ni dia taknak menyusu pun, tapi dia seolah mencari cari susu, ia dinamakan “rooting reflex”. baby cuma nak ditidurkan atau ditenangkan oleh si ibu dan ianya habit semulajadi baby dari dalam rahim. apa yang awak boleh buat adalah letakkan jari di mulut nya untuk mimic puting. jadi mommy teruskan sahaja menyusu anak dengan kerap. yang dicadangkan adalah setiap 30 minit hingga maximum 2 jam. kalau dia tidur kena kejutkan ya. tak semestinya bagi susu badan ia tak bagus untuk baby. susu tak salah apa memang semulajadinya dia macam tu. kadang kita jadi ibu kita frustrated sangat especially ulang alik kk berkali kali dan kesian tengok baby sakit kena cucuk je. jangan risau ya mommy, awak dah cuba yang terbaik. kalau awak nak ilmu lebih tentang breastfeeding awak selami ilmu menyusu dari pakar lactation contohnya nad masrom di social media ya. goodluck mommy.
Baca lagi