Susu bdn sikit

Hello mommies! Anak dah 2 minggu lebih, for now saya bg susu fm dan susu bdn. Kenapa susu fm, sbb masa mula2 lepas beranak susu mmg xnk keluar bengkak susu teruk lepas berurut dan pam baru keluar sikit2. Lepas bg susu bdn pun baby mcm xpuas lapar sbb tu campur dgn fm. Kdg2 direct bf tp baby mcm dah start nipple confuse or tk sabar kot kalau direct bf dia mesti mengamuk. Nipple sebelah inverted pulak, pastu baby salah latch nipple selalu cedera sakit huhu so saya mostly akan pam dan bg kt botol. Normal ke even dah 2mggu lebih tiap kali saya pam susu xdpt byk selalu dpt 1-2 oz je. Sedih pulak fikir cukup ke 1-2oz utk baby kenyang ke dia. #firstmom

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

tak silap kalau pam mmg selalu dpt sikit tapi sebenarnya susu kita cukup je utk buat dia kenyang . kalau nak susu byk ,awak kena kerap bagi dia myusu badan n betulkan mindset awak, inshaAllah boleh. kalau nipple melecet ke apa, lepas dia menyusu awak picit nipple awak, amik susu tuh n letak kt tempat yg sakit okay. apa pun fikir positif je okay,

Baca lagi

belajar bnyk lg ilmu penyusuan.. mmg newborn perlu menyusu dgn kerap.. 1oz - 2oz..dh makin besar baru makin meningkat ikut demand.. nk susu bnyk direct feed terus pada dia lg bagus.mindset betulkan blk.. klau duk down duk stress mmg buat susu drop.. bljar bnyk lg ilmu penyusuan.. bnda ni penting utk pengetahuan awak

Baca lagi

cek atas kepala dia, kalau cengkung tak cukup susu, dehydrated. awal2 memang mcmtu, tp keep on direct feed lama2 susu akan jd banyak. Tp week 3 tu nanti growth spurt phase jadi dia akan kerap lapar dalam 2-3 hari dan merengek, tp awak jangan stress, teruskan penyusuan sbb baby tengah galakkan pengeluaran susu awak

Baca lagi

hi awak baby baru 2 mggu. size perut baby kita masih kecik. 1-2oz mencukupi utk size perut baby kita. yg penting awak kena jaga jadual pam if awak mmg nk pam. gap pam 2-3j. satu sesi mengambil masa 20minit utk both breast awak. mindset awak kena yakin susu sentiasa ada dn mencukupi utk baby awak. sentiasa positif.

Baca lagi
Post reply image

sebenarnya susu cukup je tu..