Boleh check up di klinik swasta, tapi kena yakin klinik tu check puan betul². Ada kes yg high risk tp penjagaan kurang di klinik swasta tu. seeloknya puan buka juga buku pink di klinik kesihatan kerajaan sbb memudahkan urusan sekiranya puan emergency terpaksa bersalin di hosp kerajaan. Pastikan buku pink dibuka sebelum 14 mggu sbb kalau lebih 14 mggu mungkin kena tahan sikit telinga dgr nurse bebel lewat buka buku pink. jika xda buku pink ni susah sikit. andai kata puan mmg pilih nak bersalin di hosp swasta juga pastikan kelengkapan hosp tu lengkap sbb jika ada komplikasi dia xperlu nak refer ke hosp kerajaan. penjagaan prenatal penting untuk masa bersalin nnt. senang untuk doktor refer jika ada apa² komplikasi.
Kat klinik swasta saya tak sure. Tapi saya checkup hospital swasta, minum air gula dan ambil urine time 14w dan 28w. Kena tanya dengan klinik tu procedure macam mana la camtu
Anonymous