Pengalaman Ambil Perancang DEPO mama-mama
Hi mom semua. Boleh tak kongsikan pengalaman mom semua pasal Perancang keluarga yg ambil DEPO. Selain ambil DEPO pun bole share, mcam ambil pil Dan implan. Terima kasih sudi kongsi. #perancangygmananakpilih #perancangkeluarga

Saya jenis period x teratur. Awal kawen, lepas beberapa bulan tak tahu pun pregnant. Tahu2 dah spotting dan gugur. 2nd pregnancy, memang plan nak TTC lepas jarakkan minimum 6 bulan. Alhamdulillah anaknya dah 7 tahun sekarang. Sebab saya ada history pernah pregnant dan gugur yg 1st due to irregular period, Dr suggest ambil perancang since susah nak kira waktu subur. Jadi dah try pil dan depo. Saya stop depo lepas anak 1st genap 2 tahun then continue rancang sendiri. Alhamdulillah now insya-Allah coming soon baby no 2. Tapi rasa x nak ambil hormone based ni dan nak plan sendiri je sebab effect badan dan period. Jadinya nak cakap, kalau sis yakin boleh rancang sendiri (buang luar / condom) ok je.. Yang penting suami kena bg kerjasama
Baca lagisaya ambik depo dah setahun lebih , period tak datang , mood swing , kurang nafsu bersama , rambut gugur dan paling stress berat badan naik makin sikit , dari statik 53kg terus 62kg , haih la
sy ambil depo setahun tak period langsung, selalu sakit kepala & sakit pinggang, cepat bad mood.. 2 bulan selepas stop ambil depo baru keluar period balik
Pernah ambil depo sekali tapi tak serasi..pening,mual,muntah.. Now ambil pil oralcon..ok.. period every month..berat maintain.
saya ambik depo..so far ok serasi badan tak naik lagipun saya ada buat senaman yg ringan.. rambut pun tak gugur..
saya ambil depo berat tak naik tak turun tapi selalu takde mood rambut gugur sampai mcm nk botak
sye rancang sendiri je, husband xbg amk apa2 perancang. so far ok, both side kne bg kerjasama.