Masalah pahit mulut

Mohon bg tips utk hilangkan rasa pahit mulut. Nk makan asam memanjang, saya ada gastric 🥹 pahit mulut sampai tahap minum air masak pun muntah

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Mcm saya jgk ni. Kena paksa diri makan. Jika tiada selera minta suami suapkan. Kena try n error makanan yg sesuai. Dulu sy atasi ujian mulut pahit, tak selera, lemah badan: Makan Biskut oat Biskut cracker munchys Buah jambu Epal hijau Mangga Patin tempoyak, asam pedas Lauk yg kering, Ikan goreng, Ikan bakar Makanan tak berkuah. Minum air kosong suam 3 teguk sekali minum hingga habis 1 liter sehari. Sandwic roti wholemeal telur mata dgn salad. Bihun Singapore (ni fav masa hamil) Dapat makan 5 suap sekali hadap pun syukur. Jeruk saya tak ambil sbb tahu tinggi gula. Saya ada GDM. Masa tu tak cakna pasal kencing manis semasa hamil. Rupanya banyak makanan yg ada gula dan tinggi karbohidrat yg saya ambil masa GDM: Roti, Biskut, muruku, bihun, Epal hijau, oat, Mangga. Selepas bersalin, berat badan turun mendadak, rupanya tubuh tak boleh toleransi dgn gula dah. Dah mula rasa simptom kencing manis macam kaki kebas dan mata kabur. Kena kawal makan dgn betul utk bacaan gula dlm darah terkawal. Anak kecil lagi weh.. Sori, terlari topik di perenggan akhir. 🫢

Baca lagi